السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Rabu
4 Rabiulawal 1437
16 Disember 2015
عن أَبي هريرة رضي الله عنه: أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إيَّاكُمْ وَالحَسَدَ؛ فَإنَّ الحَسَدَ يَأكُلُ الحَسَنَاتِ كَمَا تَأكُلُ النَّارُ الحَطَبَ)) أَوْ قَالَ: ((العُشْبَ)). رواه أَبُو داود.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه: bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Berwaspadalah kamu daripada perasaan hasad dengki. Maka sesungguhnya hasad dengki memusnahkan kebaikan seumpama api yang memakan kayu." Atau sabdanya: "api yang membakar lalang." (Mafhum HR Abu Daud)
PENGAJARAN
1. Perasaan hasad dengki adalah kemahuan supaya nikmat/ kesenangan yang diperolehi oleh orang yang didengkinya hilang walaupun nikmat tersebut tidak berpindah kepadanya,
2. Ianya merupakan sikap terkeji yang diharamkan oleh Syara' kerana boleh mengakibatkan kesusahan dan penganiayaan terhadap sesama manusia,
3. Diriwayatkan bahawa iblis pernah menerangkan kepada Nabi Nuh عليه السلام tentang senjata utama yang digunakannya untuk merosakkan anak-anak Adam iaitu hasad dengki yang telah mengakibatkan iblis menjadi makhluk terlaknat dan tamak haloba yang menjadikan Nabi Adam عليه السلام tersingkir daripada syurga.