ramadan w016

[21/06 11:53 pm] ‪+60 19-905 1440‬: QUNUT WITIR

Ada seorang pakcik memaklumkan kepada saya bahawa salah seorang ahli jemaah di suraunya yang 'bermanhaj lain' mempertikaikan kenapa malam 16 Ramadan baru nak buat qunut witir. Lelaki tu suruh pihak surau buat qunut witir dari malam pertama lagi. Katanya: "ini baru sunnah".

Ya Allah.. Kalaulah lelaki tu belajar fiqh secara mendalam, pastinya dia tahu bahawa masalah qunut witir ni memang masalah yang dah dibahaskan oleh ulama sejak dulu lagi. Bagi saya, jalan yang terbaik ialah masing-masing ikut hukum yang telah diputuskan oleh ulama mazhab masing-masing. Kalau nak bahas sampai bila pun tak akan selesai.

Saya tertarik dengan kata-kata Al-Hafiz Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkenaan dengan masalah ini di mana beliau berkata:

وأما القنوات في الوتر فجائز وليس بلازم فمن أصحابه - أي النبي صلى الله عليه وسلم- من لم يقنت، ومنهم من قنت في النصف الأخير من رمضان، ومنهم من قنت السنة كلها، والعلماء منهم من يستحب الأول كمالك، ومنهم من يستحب الثاني كالشافعي وأحمد في رواية، ومنهم من يستحب الثالث كأبي حنيفة والإمام أحمد في رواية. والجميع جائز فمن فعل شيئاً من ذلك فلا لوم عليه

"Dan adapun qunut dalam witir maka ia adalah jaiz (boleh buat) dan bukannya lazim (wajib). Di kalangan sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم ada yang tidak qunut. Ada juga di kalangan mereka yang qunut pada separuh akhir Ramadan. Ada juga yang melakukan qunut (witir) sepanjang tahun. Dan di kalangan para ulama pula ada yang menyukai pendapat yang pertama (iaitu tidak qunut langsung semasa witir) seperti Imam Malik rahimahullah. Ada juga yang menyukai pendapat kedua (iaitu qunut hanya pada separuh akhir Ramadan) seperti IMAM SYAFIE dan Imam Ahmad rahimahumallah dalam suatu riwayat. Ada juga yang menyukai pendapat ketiga (iaitu qunut witir sepanjang tahun) seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad rahimahumallah dalam suatu riwayat yang lain. Dan KESEMUANYA JAIZ. Sesiapa yang mengamalkan salah satu daripada pendapat-pendapat tersebut, maka TIADA CELAAN ke atasnya"

Kita semua maklum betapa kuatnya Ibnu Taimiyyah berpegang dengan sesuatu pandangan jika sekiranya bagi beliau pandangan itulah yang paling hampir dengan sunnah. Tapi dalam keadaan itu pun beliau memulangkan kembali kepada kita semua untuk buat pilihan dalam masalah qunut witir ini. Jadi, apalah salahnya kalau kita meraikan amalan yang sudah sedia ada di tempat kita? :)

Akhukum fil Islam was Sunnah,
Abu Raihanah Abdur Rahman Ibn Harman Shah Raniri.
[23/06 8:35 am] ‪+60 19-905 1440‬: *Gamitan malam Lailatul Qadar*

Malam Lailatul Qadar dikatakan berkemungkinan berlaku pada malam ganjil.

LAILATUL Qadar, malam yang dinantikan oleh mereka yang beriman.

Malam yang penuh keberkatan itu hadir hanya sekali dalam setahun, justeru tidak hairanlah umat Islam berharap dapat bertemu dengannya.

*APA ITU MALAM LAILATUL QADAR?*

Satu malam dalam bulan Ramadan, yang dikenali sebagai satu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan, atau bersamaan dengan 86 tahun. Ini kerana mereka yang beribadat pada malam ini akan mendapat ganjaran seperti dia beribadat selama 1,000 bulan.

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan seperti bertadarus, melakukan solat sunat dan berdoa kepada Allah untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan.

*BILA LAILATUL QADAR AKAN BERLAKU?*

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Riwayat Bukhari turut menyatakan, kebarangkalian untuk Lailatul Qadar berlaku pada malam ganjil adalah lebih tinggi.

Ini bermakna, malam yang berkemungkinan besar malam Lailatul Qadar adalah ke-21, 23, 25, 27 dan 29.

Pun begitu, adalah lebih baik jika kita tidak hanya menyasarkan malam-malam tersebut, kerana dibimbangi akan terlepas. Tidak ada ruginya beribadat, sama ada pada malam Lailatul Qadar atau bukan.

*APA TANDA MALAM LAILATUL QADAR?*

Sebelum melihat tanda-tandanya, mungkin ada baiknya juga jika kita melihat apa yang dipesan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani ini:

وَقَدْ وَرَدَ لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَامَاتٌ أَكْثَرُهَا لَا تَظْهَرُ إِلَّا بَعْدَ أَنْ تَمْضِي

“Ada beberapa dalil yang membicarakan mengenai tanda-tanda Lailatul Qadar. Namun itu semua tidaklah nampak kecuali setelah malam tersebut berlalu.” (Fath Al-Bari)

Namun sebagai pengetahuan bersama, dikongsi beberapa tanda malam istimewa ini.

1. Keadaan malam yang segar, tidak sejuk dan tidak panas.

2. Tidak hujan, hembusan angin tenang dan langit terang.

3. Pada paginya, matahari terbit dengan cahaya yang lembut dan tidak menyilaukan.
[03/07 6:38 am] ‪+60 19-962 4386‬: 🔰🔰 *Kepada Para Perantau Sekalian Yang Ingin Bermusafir Pulang Ke Kampung Halaman Sempena Aidilfitri* 🔰🔰

Oleh : Ustaz Azhar Yahya al Batawi


🚨 *_Pulanglah Ke Kampung Halaman Dengan Jagaan Allah_* 🚨


📚 *[1]* Mulakan perjalanan dengan membaca *“Basmalah”* iaitu dengan bacaan yang biasa kita amalkan *"Bismillahirrahmaanirrahim"*, untuk mendapatkan keberkatan seperti janji Rasulullah SAW di dalam sabda Baginda :

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَمْ يُبْدَأْ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ فهو أَقْطَعُ … فهو أبتر… فَهُوَ أَجْذَمُ

“Setiap perkara yang hendak dilakukan tidak dimulakan dengan Bismillah maka akan hilang keberkatan.”

📚 *[2]* Bacalah juga ayat yang diajarkan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, sebelum memulakan perjalanan.

سُبْحَانَ اللَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هذا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَ اِنَّا اِلَي رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

(Surah Az-Zukhruf, ayat 13-14)

📚 *[3]* Oleh kerana kita juga membawa muatan yang pelbagai, sama ada penumpang ataupun barangan maka ada baiknya kita amalkan doa Nabi Nuh AS walaupun pendek tetapi dicatatkan di dalam Al-Quran pada Surah Hud ayat 41 :

بِسْمِ اللهِ مَجْرِىهَا وَمُرْسَاهَا

“Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar (bertolak) dan berlabuhnya (tiba) Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


📚 *[4]* Oleh kerana kita akan memasuki kawasan merbahaya iaitu lebuhraya atau jalanraya yang menyaksikan pelbagai kemalangan berlaku maka kita diajari Nabi untuk berdoa :

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

(Hadis Riwayat Abi Daud, Ahmad dan Tirmizi)


📚 *[5]* Kita tutupi doa kita dengan penyerahan dan tawakal kita kepada Allah seperti yang diajari Baginda apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya maka bacalah :

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah, tiada suatu daya upaya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah.”

(Hadis Riwayat Abi Daud dan Tirmizi serta taraf Hadis ini Hasan Sahih)



🚩 *SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING* 🚩


🔴 *Semoga Sentiasa Selamat Dalam Jagaan Allah SWT* 🔴
[06/07 6:37 am] ‪+60 19-931 4378‬: Assalamualaikum....
SALAM TAHAJJUD DAN SALAM SYAWAL

Allah huakbar
Allah huakbar
Allah huakbar
La illa ha illallah Allah hu akbar
Allah hu akbar walillah hil ham.

Allah huakbar
Allah huakbar
Allah huakbar
La illa ha illallah Allah hu akbar
Allah hu akbar walillah hil ham.

Allah huakbar
Allah huakbar
Allah huakbar
La illa ha illallah Allah hu akbar
Allah hu akbar walillah hil ham.


Ayuhlah kita jalinrapatkan silaturrahim, dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga,adik beradik,jiran tetangga sekampung, sahabat rakan dan taulan, muslimin dan muslimat..pd sambutan aidul fitri ini.

*Kebergantungan Sesama Manusia*

Syurga *lelaki* pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.*                                                  
 Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Surah Al-Kahfi  Ayat 7:

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.