JANGAN BERSUMPAH DENGAN SELAIN ALLAH
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Rabu
27 Safar 1437
9 Disember 2015
✋🏻
عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنَّ الله تَعَالَى يَنْهَاكُمْ أنْ تَحْلِفُوا بِآبائِكُمْ، فَمَنْ كَانَ حَالِفًا، فَلْيَحْلِفْ بِاللهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ)). متفق عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu 'Umar رضي الله عنهما dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya Allah melarang kamu daripada bersumpah dengan bapa-bapa kamu. Maka apabila ia bersumpah maka bersumpahlah dengan Allah ataupun hanya berdiam sahaja (tidak bersumpah)." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Adalah menjadi suatu budaya di kalangan masyarakat Arab jahiliyah untuk bersumpah dengan menggunakan bapa, ibu, berhala, binatang dan lain-lain dalam menguatkan sebarang dakwaan mereka disamping mereka merasa bangga dengan perkara yang mereka bersumpah dengannya,
2. Apabila Islam datang ia menghapuskan budaya ini dan menggantikannya dengan bersumpah hanya menggunakan Allah atau namanya atau sifatnya sahaja,
3. Kata ulama': Islam melarang bersumpah dengan perkara selain Allah kerana ianya bermaksud mengagungkan perkara yang ia bersumpah dengannya sedangkan hanya Allah sahaja yang layak untuk diagungkan. Bahkan orang yang melakukan demikian sumpahnya itu tidak boleh diterima.