AMALAN DI HARI RAYA AIDIL ADHA (10 Zulhijjah)


1. Bangun tidur dan membaca doa :-
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا ، وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
" Segala puji hanya bagi Allah, yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya kami dikembalikan. " (HR. Bukhari).

2. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.

Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah pula di dalam kitab Majmu’ Syarhul Muhazzab bahawa Imam al-Syafi’i dan ashab mengatakan: “Untuk melaksanakan solat ‘aidil Fithri dan 'aidil Adha dianjurkan mandi. Tidak ada perbezaan pendapat di dalam masalah ini.”

3. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah. Disunnahkan membaca doa :-

اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ ، أَنْتَ كَسَوْتَنِيْهِ ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ ، وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ 
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ، وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

“Ya Allah, segala puji hanya untukMu, Engkau telah memakaikan pakaian ini kepadaku, aku mohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan dalam memakainya, dan aku berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan dalam memakainya.” (HR. Imam Abu Daud).

4. Disunnahkan *memakai haruman dan wangian yang menyenangkan* bagi lelaki. Sebagaimana disebut dalam sebuah hadis :

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

"Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" (Riwayat Tirmizi, Imam Ahmad dan Al-Baghawi)

5. Sunnah bertakbir hari raya  samada bersifat 
- muqayyad (setiap kali selesai solat dari selesai solat subuh 9 zulhijjah - solat asar 13 zulhijjah) 
- mursal (tenggelam matahari malam raya aidil adha & tamat apabila imam takbir untuk solat raya)

6. Berjalan kaki menuju ke tempat solat. Imam al-Syafi’i rahimahullah juga menjelaskan di dalam kitab al-Umm:
Kami mendengar dari al-Zuhri bahawa dia berkata: “Rasulullah saw tidak pernah naik kenderaan baik ketika solat eid ataupun solat jenazah.” (Fathul Bari).

Termasuk juga sunnah ikuti jalan berbeza ketika pergi & kembali dari solat eid. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rhm :
Imam al-Syafi’i rhm di dalam kitabnya al-Umm mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat eid. Demikian juga pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi’i. (Fathul Bari)


7. *Menunaikan Solat Aidil Adha*

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ مَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا 
اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ

Ada 5 solat yang diwajibkan Allah ke atas hamba-hambaNya. Maka siapa yang mengerjakannya dan tidak mensia-siakan walau satu pun di antaranya disebabkan menganggap mudah, Allah berjanji akan memasukkanya ke dalam syurga. (Riwayat Nasaie)

✅8. *Sunnah mendengar khutbah hari raya.*

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِه الصَّلَاةُ ثُمَّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ فَيَعِظُهُمْ وَيُوصِيهِمْ وَيَأْمُرُهُمْ.

Pada hari aidil fithri dan ‘aidil Adha, Rasulullah saw keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. Kemudian baginda berpusing dan menghadap jamaah yang sedang duduk di saf-saf mereka. Kemudian baginda memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka. (Riwayat Bukhari)
9. Sunat *menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.*

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ وَلاَ يَأْكُلُ يَوْمَ الأَضْحَى حَتَّى يَرْجِعَ فَيَأْكُلَ مِنْ أُضْحِيَّتِهِ

“Rasulullah SAW tatkala menuju solat pada hari raya aidil fitri dengan makan terlebih dahulu. Sedangkan pada hari raya aidil Adha, baginda saw tidak makan terlebih dahulu kecuali setelah pulang dari solat ‘ied baru beliau menyantap hasil qurbannya.” (HR. Ahmad Syaikh Syu’aib  Al-Arnauth mengatakan bahwa hadis ini hasan)

10. *Melaksanakan ibadah korban* sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Taala :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. (Al-Kautsar ayat 2)

Semak Amalan Kita Semoga Diberikan Keberkatan Oleh Allah Taala

/adab aidil

SIFAT-SIFAT MUNAFIK

 *Surah An-Nisa, ayat 60:*

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ 
وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ 
وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

*_Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh_*

 *Surah An-Nisa, ayat 61:*

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ
 يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

*Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu*

 *Surah An-Nisa, ayat 62:*

فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ 
إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا

*Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)*

 *Surah An-Nisa, ayat 63:*

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ 
وَقُل لَّهُمْ فِي أَنفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا

*Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka*

SIFAT-SIFAT MUNAFIK

Ahmad Jalalin: AMALAN HARI-HARI TASYRIQ


Pengertian Hari Tasyriq

Istilah ‘Tasyriq’ diambil dari kata (شرقت الشمش) yang bermaksud matahari terbit. Menjemur sesuatu, dalam bahasa Arab dinyatakan: (شرق الشيء للشمش).

‘Hari Tasyriq’ adalah pada tarikh 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ada juga yang menyatakan, bahawa hari Tasyriq meliputi empat hari, hari Aidil Adha dan 3 hari selepas itu.

Abu Ubaid berkata: “Ada dua pendapat ulama tentang ajorit penamaan hari-hari tersebut dengan hari Tasyriq: Pertama, dinamakan hari Tasyriq kerana kaum muslimin pada hari itu menjemur daging korban untuk dibuat dendeng. Kedua, kerana kegiatan berkorban, tidak dilakukan, kecuali setelah terbit matahari.” (Lisanul Arab, 10:173).

Keutamaan Hari Tasyriq

Allah SWT berfirman,

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

“Ingatlah Allah di hari-hari yang terbilang.”

(QS. Al-Baqarah: 203).

Yang dimaksudkan dengan “hari-hari yang terbilang” adalah tiga hari selepas Aidil Adha, iaitu hari Tasyriq. Ini merupakan pendapat Ibnu Umar dan majoriti ulama. Sementara Ibnu Abbas dan Atha berpendapat bahawa “hari-hari yang terbilang” jumlahnya empat hari; Aidil Adha dan 3 hari selepas itu. (Lathaiful Ma’arif, Hal. 314).

Allah Ta’ala mengistimewakan Hari Tasyriq, dengan Allah SWT jadikan hari ini sebagai waktu istimewa untuk berzikir. Sehingga Allah perintahkan kaum muslimin untuk memperbanyak zikir di hari ini.

Dalam hadis dari Abdullah bin Qurth radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَعْظَمُ الْأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمُ النَّحْرِ، ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ

“Hari yang paling agung di sisi Allah adalah hari qurban (AidilAdha) kemudian hari al-qarr.”

(HR. Abu Daud 1765, Ibnu Khuzaimah 2866).

Yang dimaksudkan hari ‘Al-Qarr’ adalah tarikh 11 Zulhijah. Ini berdasarkan keterangan Ibnu Khuzaimah, bahawa Abu Bakar mengarahkan:

يَوْمَ الْقَرِّ يَعْنِي يَوْمَ الثَّانِي مِنْ يَوْمِ النَّحْرِ

“Hari ‘al-qarr’ adalah hari kedua setelah hari qurban”

Pendapat Ulama Tentang Ayyam Ma’dudat

Hari-hari ‘Ayyam Ma’dudat’ (hari yang tertentu bilangannya)ialah 3 hari selepas hari Al-Nahr (10 Zulhijjah) dan 3 hari tersebut adalah merupakan hari-hari Tasyriq. Manakala Ibn ‘Abbas dan ‘Ato menyatakan bahawa hari-hari yang ditentukan itu ialah 4 hari iaitu hari Al-Nahr serta 3 hari selepasnya dan ‘Ato menamakanya sebagai hari Tasyriq.

Pendapat pertama adalah disepakati merupakan yang lebih ‘Adzhar’ (lebih kuat) bagi Ibn Umar, Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Rajab dan kebanyakan para ulama. Sesungguhnya 3 hari tersebut adalah merupakan hari Tasyriq. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda :

“Hari-hari Mina adalah 3 (hari), sesiapa yang bersegera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua maka tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua maka tidaklah berdosa.”

(Hadis Imam Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah).

Amalan Pada Hari-Hari Tasyriq

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illah, Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillahil hamd…

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tasyriq, berikut dibawa amalan pada Hari-Hari Tasyriq moga boleh dipraktikkan agar meraih banyak manfaat.

Hari-hari Mina adalah hari-hari yang ditentukan sebagaimana firman Allah Ta’ala :

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

“Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) Dalam beberapa hari Yang tertentu bilangannya…”

(Al-Baqarah 2: Ayat 203)

Hari-Hari Untuk Makan Dan Minum

Di Hari Tasyriq kita dilarang untuk berpuasa. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya sebagai hari makan dan minum, serta banyak berzikir kepada Allah.

Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”

(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

Daripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:  “Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di

Mina adalah hari-hari untuk makan dan minum dan berzikir.”   (Imam Muslim r.a.)

Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal :  “Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.”

Mengingati Allah SWT

Allah Ta’ala memerintahkan supaya berzikir dan mengingatinya pada hari Ayyam Ma’dudat sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum dan berzikir.”

Perihal mengingati Allah yang dituntut untuk dilakukan pada hari-hari Tasyriq adalah pelbagai antaranya :

1.     Mengingati Allah Ketika Solat Fardhu

Dituntut melakukan Takbir setiap selesai Solat Fardhu dengan bertakbir sehinggalah akhir hari Tasyriq sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat. Berdasarkan amalan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi )

Demikian juga dari Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. (HR. Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi).

2.     Mengingati Allah Ketika Menyembelih Korban

Mengingati Allah dengan membaca basmalah dan bertakbir ketika menyembelih binatang korban kerana waktu untuk sembelihan hady (bagi yang mengerjakan haji) dan udhiyah (bagi yang tidak mengerjakan haji) boleh dilaksanakan sepanjang hari-hari Tasyriq hingga hari Tasyriq berakhir.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ

“Di setiap hari Tasyriq, boleh menyembelih.”

(HR. Ahmad, ibn Hibban, Ad-Daruquthni, dan yang lainnya).

Imam As-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad berdasarkan hadis marfu’ (yang sanadnya sampai kepada Rasulullah); “Setiap hari-hari Mina adalah (hari) untuk sembelihan.”

3.     Mengingati Allah Ketika Makan Dan Minum

Mengingati Allah ketika makan dan minum. Sesungguhnya disyariatkan ketika makan dan minum untuk membaca basmalah pada permulaan dan mengucapkan hamdalah ketika pengakhiran kerana terdapat hadis daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya Allah meredhai ke atas hambaNya yang apabila selesai makan dan minum memujiNya (dengan mengucapkan hamdalah).”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إن الله عزَّ وجل يرضى عن العبد أن يأكل الأكلة فيحمده عليها ، ويشرب الشَّربة فيحمده عليها

“Sesungguhnya Allah redha terhadap hamba yang makan sesuap makanan kemudian memuji Allah, atau minum seteguk air dan memuji Allah kerananya.”

(HR. Muslim 2734)

Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, pula bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”

(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

4.     Mengingati Allah Ketika Melontarkan Jamrah

Berzikir dengan bertakbir ketika melontarkan Jamrah (batu-batu) pada hari-hari Tasyriq. Dan ini dikhususkan pada yang mengerjakan ibadah haji.

5.     Mengingati Secara Mutlaq

Mengingat Allah dengan memperbanyakkan takbir secara mutlaq. Disunatkan  untuk memperbanyakkan berzikir pada hari-hari Tasyriq. Sesunguhnya Saidina Umar mengucapkan takbir di Mina di dalam kubahnya (khemah), orang ramai mendengarinya lalu turut mengucapkan takbir maka bergemalah Mina dengan takbir. (HR. Bukhari sebelum hadis no.970)

Sesungguhnya Allah SWT berfirman :

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آَبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ * وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (m

emuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia.” (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. *Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka.”

(Al-Baqarah 2: Ayat 200-201)

Doa Mengingati Allah SWT

Doa adalah seafdhal-afdhal zikir mengingati Allah SWT. Doa juga merupakan bentuk mengingat Allah yang sangat agung. Mengandungi pujian dan harapan manusia kepada Tuhannya. Sehingga, hari ini menjadi hari yang istimewa untuk memperbanyak doa.Dan ramai ulama menganjurkan untuk memperbanyak berdoa pada hari tersebut. Sebahagian ulama salaf menggalakkan membaca doa berikut:

Ikrimah (murid Ibn Abbas) berkata:

كان يستحب أن يقال في أيام التشريق: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار}

“Disunatkan untuk berdoa pada hari-hari Tasyriq.”

(RABBANAA  AATINAA  FID-DUN-YAA HASANAH WA FIL AA-KHIRATI HASANAH, WA QINAA ADZAABAN-NAAR.)

[Lathaiful Ma’arif, Hal. 505].

Doa ini antara doa yang terbaik dan diriwayatkan bahawasanya doa ini yang paling banyak nabi baca dan apabila nabi berdoa. Baginda akan turut serta membacakan doa ini kerana doa ini menghimpunkan 2 kebaikan di dunia dan akhirat.

Al-Hasan berkata: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan ibadah, manakala kebaikan di akhirat ialah syurga.”  Dan kata Sufian pula: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan rezeki yang baik.”

Sesungguhnya Ziyad Al-Jasshas meriwayatkan dari Abu Kinanah al-Qurasyi, bahawa beliau mendengar Abu Musa al-Asy’ari telah berkata di dalam khutbahnya pada hari Al-Nahr (Aidil Adha) :

بعد يوم النحر ثلاثة أيام التي ذكر الله الأيام المعدودات لا يرد فيهن الدعاء فارفعوا رغبتكم إلى الله عز و جل

“Selepas hari Al-Nahr (Aidil Adha) terdapat 3 hari yang Allah sebutkan sebagai Ayyam Ma’dudat (hari yang ditentukan/terbilang) yang tidak akan ditolak padanya doa, maka angkatlah keinginan kamu kepada Allah (dengan berdoa).”  

Sama-sama kita bermuhasabah, adakah antum sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa dan ketika, setiap pergerakan dan diam sepanjang hari Al-Nahr dan hari-hari Tasyriq sebagai bukti syukur pada Allah Ta’ala. Adakah dengan menyambut Hari Raya Aidil Adha kali ini dapat meningkatkan lagi amal ibadah antum sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk sentiasa istiqamah dalam menggapai ampunan-Nya dan moga Allah menerima segala pengorbanan yang diserahkan sebagai bukti manifestasi cinta pada Allah SWT dan RasulNya.

Oleh Syafiqalbu

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sifat munafiq



*_Surah At-Taubah, ayat 64:_*
*_يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَن تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُم بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَّا تَحْذَرُونَ_*

*_Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"_*

 *_Surah At-Taubah, ayat 65:_*
*_وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ_*

*_Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"_*

 *_Surah At-Taubah, ayat 66:_*
*_لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ_*

*_Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah_*

*_Surah At-Taubah, ayat 67:_*
*_الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ_*

*_Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik._*

 *Surah At-Taubah, ayat 68:_*
*_وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا هِيَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ_*

*_Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal._*


Kalimat Indah

**

         نحن لا نملك تغییر الماضي

Kita tidak bisa
merubah apa yang telah terjadi

            و لا رسم المستقبل ..

Juga tidak bisa menggariskan masa depan

         فلماذا نقتل انفسنا حسرة

Lalu mengapa kita bunuh diri kita dengan penyesalan?

        على شيئ لا نستطیع تغییره؟

Atas apa yg sudah tidak bisa kita rubah

  الحیاه قصیرة وأهدافها كثيرة

Hidup itu singkat sementara targetnya banyak

             فانظر الى السحاب
           و لا تنظر الى التراب ..

Maka, tataplah awan dan jangan lihat ke tanah

           اذا ضاقت بك الدروب
             فعلیك بعلام الغیوب
      و قل الحمدلله على كل شيئ

Kalau merasa jalan sudah sempit, kembalilah ke Allah yg Maha Mengetahui yg gaib!
Dan ucapkan alhamdulillah atas apa saja

 سفينة (تايتنك) بناها مئات الاشخاص

Kapal Titanic dibuat oleh ratusan orang

وسفينة ( نوح ) بناها شخص واحد

Sedang kapal Nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang

  الأولى غرقت والثانية حملت البشرية

Tetapi, Titanic tenggelam. Sedang kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia

     التوفيق من الله سبحانه وتعالى

Taufik hanya dari Allah SWT

       نحن لسنا السكان الأصليين
          لهذا الكوكب الأرض !!
       بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة )

Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah surga

           حيث كان أبونا أدم
            يسكن في البداية
           لكننا نزلنا هنا مؤقتاً
        لكي نؤدّي اختبارا قصيرا
            ثم نرجع بسرعة ..

Tempat, dimana orang tua kita, Adam, tinggal pertama kali.
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,

Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.

فحاول أن تعمل ما بوسعك
لتلحق بقافلة الصالحين
التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع
و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير

Maka berusahalah semampumu,
Untuk mengejar kafilah orang2 salih, Yang akan kembali ke tanah air yg sangat luas
Jangan sia-siakan waktumu di planet kecil ini..!

الفراق: ليَس السفِر، ولا فراق الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ
سنجتمَع في الآخره
الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنه،
والآخر في النار

جعلني ربي واياكمَ من سكان جنته..

Perpisahan itu bukanlah karena perjalanan yg jauh,
Atau karena ditinggal orang tercinta,

Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat.

Perpisahan itu adalah,
Jika salah satu diantara kita di surga dan yg lain di neraka.

Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai penghuni surga!

والحياه ما هي إلا قصة قصيرة !!
( من تراب .  تراب . إلى تراب )
( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )

Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah,

Lalu hisab (yg hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau siksa.

فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ
اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم  سلطانك

Maka, Hiduplah untuk Allah niscaya kau akan jadi makhluk-Nya yg paling bahagia.

Ya Rabb untukMu segala puji yg layak untuk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!

nsht agama

🕌*27 Syawal 1437H*
*01 Ogos 2016M*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم.

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.
” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.
” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.
” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.
” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.
” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.
” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.
” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.
” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.
” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.
” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.
” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.
” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.
” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.
” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.
” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.
” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.
” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.
” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah mesjid.
” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.
” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.
” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :
سبحان الله وبحمده
” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.
“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.
” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.
” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.
” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.
” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.
” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.
” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.
” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.
” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.
” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.
” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.
” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.
” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.
” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.
” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.
” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.
” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

*Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang dimuliakan turutilah nasihat ini....barakallahuminalakum*
*Terima kasih saudaraku sekelian atas sokonganmu  untuk penghasilan santapan jiwa ini.....*
*تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك*

*ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*
*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.*
*Ya اَللّهُ , Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....*
*اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ*
*Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!  Ampunkanlah dosa-dosa kami.... dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......*
*Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!*
*Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".*
*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ,*
*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.*
*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَىءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم,َ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.* *أٰمِيْنَ ...أٰمِيْنَ ...يَارَبَّ العَـــالَمِيْن.*
*جزك الله خيرا كثيرا.*
*وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.*🕋

ZIKIR "LAILAHAILLALLAH" 70,000 KALI - SELAMAT DARIPADA API NERAKA

Amalan bertahlil dengan ucapan لا اله الا الله sebanyak 70,000 kali telah lama jadi amalan sebahagian ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Bahkan masyhur di kalangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang 70,000 kali tahlil ini disebut sebagai "Tahlil Sekhatam" atau "Tahlil Sejuzuk", yakni satu khatam bagi nisab tahlil. Para ulama kita menganjurkan amalan ini sebagai satu ikhtiar memohon kelepasan dari azab neraka yang sangat pedih itu. Sebahagian ulama menggelar amalan tahlil sekhatam ini sebagai "al-`ataaqah" yakni pembebasan atau permerdekaan, dengan harapan agar sesiapa yang melaksanakannya dibebaskan atau diberi kemerdekaan daripada api neraka. Ada juga yang menamakannya sebagai "Tahlil Fida`", yakni berzikir dengan lafaz tahlil dengan harapan untuk menebuskan diri dari api neraka, Allahumma ajirna minan naari saalimin. Di sini tak perlulah kita nak berbalah pasal bid`ah membid`ah, suka amal silakan, tak suka amal silakan ...... Aiman tak keesaah, aku pun tak keesssaaaaaahhh. Sendiri punya lubang kubur, sendiri tanggung, cuma sewaktu hidup inilah kita memperbanyakkan amal ibadah, buat bekalan kita di sana.

Habib Abu Bakar Al`aththas bin `Abdullah al-Habsyi rahimahullah dalam karya beliau "Tadzkirun Naas" pada halaman 375 menukilkan bahawa Imam Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rahimahullah, antara lainnya, berpesan:-

" ... Dan sesiapa yang luput baginya menuntut ilmu (yakni kerana  tiada peluang atau kerana ketidakmampuannya untuk berbuat sedemikian), maka janganlah luput baginya segala mihrab (yakni jangan pula dia menjadi lalai untuk memperbanyakkan amal - ibadah dengan melazimi segala masjid). Bahkan dia hendaklah menyibukkan dirinya dengan shalat dan dzikrullah dengan dia melakukan "al-`ataaqah" iaitu bertahlil 70,000 kali dengan niat memohon pembebasan bagi dirinya daripada api neraka. Dan dilakukannya juga dengan yang seumpamanya (yakni tahlil 70,000 kali tadi) dan dihadiahkannya kepada seseorang kaum kerabatnya."

Juga telah masyhur dalam kitab - kitab karangan para ulama yang muktabar tentang kisah keberkatan amalan ini. Syaikhul Hadits, Rai-sul Muhadditsin, Hadrat Maulana Muhammad Zakaria al-Kandhalawirahimahullah dalam karya beliau "Fadilat Zikir" halaman 556 {himpunan "Fadilat 'Amal (Bahasa Melayu) Edisi Semakan Terkini 1434H} menukilkan kisah berikut:-

Syaikh Abu Yazid al-Qurtubirahimahullahu ta`ala berkata," Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca لا اله الا الله tujuh puluh ribu kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni tujuh puluh ribu kali untuk isteri saya dan beberapa himpunan bacaan untuk simpanan akhirat saya sendiri. Seorang anak muda tinggal berhampiran dengan kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu mengenai kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam (majlis) makan. Dengan tidak semena-mena pemuda itu menjerit dan nafasnya mulai tersekat-sekat serta berkata, "Ibuku sedang dibakar di dalam neraka, aku dapat melihat keadaannya."

     Kata Hadrat Qurtubirahimahullahu ta`ala, "Aku melihat keadaannya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan لا اله الا الله perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara di atas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu tujuh puluh ribu zikir لا اله الا الله daripada simpananku secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Allah subhanahu wa ta`ala.

          Lalu pemuda itu berkata, "Pak Cik, ibuku telah dihindarkan daripada azab neraka." Kata Hadrat Qurtubi rahimahullah, "Aku telah memperoleh dua faedah daripada peristiwa ini. Pertama, terbukti bagiku keberkatan daripada bacaan tujuh puluh ribu kali لا اله الا الله sebagaimana yang aku dengar (mengenai kelebihan kalimah tersebut). Kedua, aku meyakini kebenaran kata-kata pemuda itu."

          Peristiwa ini hanya satu daripada kisah - kisah yang kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama itu berlaku dalam kalangan individu umat ini.

Oleh itu, tinggalkanlah perbalahan mengenai isu - isu yang diikhtilafkan oleh para ulama. Banyakkan beramal daripada berjidal. Ingat tidak ada seorang pun daripada kita ini melainkan sedang berjalan menuju kematian. Allahu ... Allah, mudah-mudahan dengan keberkatan kalimah thayyibah ini kita diselamatkan dari azab neraka yang pedih dan dahsyat.