wakalah korban
*Wakalah Dalam Ibadah Korban*
Konsep Wakalah:
Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:
I. Muwakkil (orang yang berwakil)
II. Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
III. Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
IV. Shighah (ijab dan qabul).
Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:
1. Hendaklah seorang Muslim dan bukan ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab adalah makruh. Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Adapun majusi adalah diharamkan sembelihannya.
2. Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.
3. Memenuhi syarat-syarat mukallaf.
Hukum upah bagi wakil:
1. Ulama’ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali:
“Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan bahagian daripada binatang korban itu sebagai upahnya.
2. Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari daging korban. Ali r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri”.(riwayat Muslim di dalam Sahihnya)
Hujjah lain, pada dasarnya upah untuk ibadah adalah diharuskan seperti upah haji dan umrah. Adapun ibadah-ibadah yang tidak memerlukan belanja dan usaha yang keras maka tidak diharuskan padanya sebarang upah.
Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging Korban adalah kerana daging daripada penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan).
Kaedah Kaedah Wakalah di dalam Ibadah Korban:
1. Wakalah berbentuk penyerahan binatang korban:
Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga. Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu Muwakkil (orang yang berwakil), Muwakkal (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul )
أركانها اربعة موكل ووكيل وموكل فيه وصيغة ويكفى فيها اللفظ من أحدهما وعدم الرد من الأخر كقول الموكل وكلتك بكذا او فوضته إليك ولو بمكاتبة او مراسلة (الباجورى جزء 1 ص : 296 )
2. Wakalah berbentuk penyerahan wang:
Dengan cara ini urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini menurut pandangan ulama hukumnya adalah harus.
Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan dalam kitab I’anah al-Talibin:
للصواب: في فتاوي العلامة الشيخ محمد بن سليمان الكردي محشي شرح ابن حجر على المختصر ما نصه: (سئل) رحمه الله تعالى: جرت عادة أهل بلد جاوى على توكيل من يشتري لهم النعم في مكة للعقيقة أو الأضحية ويذبحه في مكة، والحال أن من يعق أو يضحي عنه في بلد جاوى فهل يصح ذلك أو لا؟ أفتونا. (الجواب) نعم، يصح ذلك، ويجوز التوكيل في شراء الأضحية والعقيقة وفي ذبحها، ولو ببلد غير بلد المضحي والعاق كما أطلقوه فقد صرح أئمتنا بجواز توكيل من تحل ذبيحته في ذبح الأضحية، وصرحوا بجواز التوكيل أو الوصية في شراء النعم وذبحها، وأنه يستحب حضور المضحي أضحيته. ولا يجب. وألحقوا العقيقة في الاحكام بالأضحية، إلا ما استثني، وليس هذا مما استثنوه، فيكون حكمه حكم الأضحية في ذلك. وبينوا تفاريع هذه المسألة في كل من باب الوكالة والإجارة فراجعه. Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi Muhasyyi Syarah Ibni Hajar ‘ala al Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya:
“Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawi mewakilkan kepada seseorang agar membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Diperbolehkan mewakilkan dalam pembelian binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu.”..
Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan (wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusu berlaku apabila mereka yang melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi wakil yang akan mewakili pihak ketiga untuk menguruskan ibadah korban terutamanya di luar negara, perlu dinyatakan dengan jelas perwakilan adalah secara mutlak.
Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr)
Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah, iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu‘awadah seperti jual beli. Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah dengan persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu‘awadah membatalkan kontrak. Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah korban. Diantara kesilapan yang kerap berlaku ialah tidak disebut berapa upah.
Di antara alternatif adalah seperti berikut:
1. Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian korban termasuk kos pengurusan dan upah. Perlu dinyatakan termasuk upah. Ini boleh diterima sekiranya penyembelihan dan urususan penyelenggaraan dilakukan sendiri oleh penganjur seperti masjid atau surau.
2. Adapun bagi mereka yang mengutip wang penyertaan ibadah Korban, kemudian mewakilkan pihak lain, dan mengambil upah, perlu dinyatakan jumlah upah. Contohnya Harga kambing RM450, upah RM50.
3. Menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil ataupun kepada masjid/badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim dll. Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban, yang selebihnya/baki adalah untuk kamu.” atau “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban, yang selebihnya/baki adalah untuk masjid.”
Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai:
إذا قال الموكل للوكيل: بع العين بكذا، فما زاد فهو لك
“Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Juallah barang ini dengan sekian-sekian, apa yang lebih adalah untukmu”
Di antara ulama yang yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn Abbas,Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya’bi, Hassan al-Basri, Ishaq Ibn Rahawaih, Ahmad bin Hanbal,dan juga ulama mazhab Hanbali. Ulama yang membenarkan kaedah ini juga mengharuskan membeli dengan harga sekian, sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga itu deberikan kepada wakil. Contoh, “Belikan saya sebahagian lembu korban dengan harga RM500, sekiranya kamu boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga saya berikan kepada kamu.”
Perlu diingatkan supaya tidak berlakughubn iaitu kerugian disebabkan penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korban di mana, kadang kadang lembu yang disembelih adalah yang kurus atau tidak cukup sharat sah sembelih, kerana dibeli dengan harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan upah yang tinggi.
Dicadangkan bagi mereka yang menganjurkan ibadat korban secara komersial, agar mengabil upah secara berpatutan menurut uruf, sebagaimana Al-Quran membenarkan penjaga anak yatim mangambil upah di atas kerjanya sekiranya tidak ada kemampuan dengan syarat ianya berpatutan menurut uruf semasa dan tempat pengurusan korban “bi al-makruf”. Aktiviti ini juga perlu kepada pamatauan pihak berkuasa supaya tidak berlaku penipuan.

Jangan Suka Bermusuh
🍃🍃🍃 *عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِم*ُ🍃🍃🍃
🍂🍂🍂Dari Aisyah radliallahu 'anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)" (HR Bukhari No: 6651)🍂🍂🍂
*Pengajaran*
👉🏼 Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat *sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah* ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.
👉🏼 *Iblis menjadi kufur* akibat dari *sifat keras kepala dan sombong* dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.
🍃🍃🍃 *عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْر* ٍ🍃🍃🍃
🍂🍂🍂Dari Abdullah, Nabi SAW bersabda: *"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."* (HR Muslim No: 133) 🍂🍂🍂
👉🏼 Orang yang suka *membantah* adalah mereka yang *suka bertengkar* dan *suka menegakkan pendapatnya* sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya *seorang yang angkuh dan sombong.* Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.
💪🏼Marilah kita *menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah.*
*** *والله الم* ***
4hb Ogos 2016
#semoga bermanfaat✍🏼
🍃🍂🍂🍂🍃🍂🍂🍂🍃
Pokemon Go
Pokemon Go ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi). Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc. dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co. Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.
Bermula 6 Julai 2016, permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua seluruh dunia antaranya seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Canada, dan Puerto Rico.
Di rantau Asia, hanya di Jepun dan Indonesia sahaja, para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go, manakala negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.
Bentuk Permainan
Kami sertakan beberapa bentuk permainan Pokemon Go:
Hanya perlu aktifkan GPS di telefon pintar, aplikasi akan kesan Pokemon di sekeliling kedudukan pemain, beri notifikasi di skrin.Aplikasi ini membuat pemaiannya perlu bergerak dan berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak raksasa maya pada skrin telefon pintar.Permainan ini boleh dimain secara Single player (seorang pemain) atau Multiplayer (ramai pemain).Pemain boleh melagakan Pokemon yang ditangkap untuk dilatih bersama para pemain lain.Pemain boleh meninggalkan Pokemon yang ditangkap di Gym yang ditawan untuk menjaga kawasan jajahan daripada pemain dan kumpulan lain.
*Fatwa-fatwa berkenaan Pokemon dan Pokemon Go*
Pertama: Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi
Pada tahun 2001, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga akal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini.
Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman.
Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:
Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.Memberikan bahaya kepada akal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar akal dan naqli.Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.
Kedua: Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi
Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon Go. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.
Ketiga : Universiti al-Azhar
Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Prof Dr Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon.

Sesungguhnya Allah swt telah melaknat syetan karena enggan sujud kepada Nabi adam
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al -A'raf ayat 11-20*_
*_Surah Al-Araf, ayat 11:_*
*_وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ_*
*_Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud._*
*_Surah Al-Araf, ayat 12_*:
*_قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ_*
*_Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."_*
*_Surah Al-Araf, ayat 13_*:
*_قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ_*
*_Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina"_*
*_Surah Al-Araf, ayat 14:_*
*_قَالَ أَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ_*
*_Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)_*
*_Surah Al-Araf, ayat 15:_*
*_قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ_*
*_Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)_*
*_Surah Al-Araf, 16:_*
*_قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ_*
*_Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;_*
*_Surah Al-Araf, ayat 17:_*
*_ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ_*
*_"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur"_*
*_Surah Al-Araf, ayat 18:_*
*_قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَّدْحُورًا لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمْ أَجْمَعِينَ_*
*_Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;_*
*_Surah Al-Araf, ayat 19:_*
*_وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ_*
"*_*Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim*_
*_Surah Al-Araf, 20:_*
*_فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ_*
*_Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)_*
http://menujucahayaabadi.blogspot.my/2015/03/surah-al-araf-ayat-11-dan-sesungguhnya.html?m=1
_*Sesungguhnya Allah swt telah memberikan peringatan kepada manusia sesungguhnya telah hampir datangnya hari perhitungan tetapi manusia masih dalam kelalaian*_
Hj Jalius Khalid:
_*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*_
_*TAZKIRAH PAGI JUMAAT*_
_*02 ZULKAEDAH 1437H*_
_*05 OGOS 2016*_
_*Sebagaimana firman Allah dalam surah Al -Anbiya' ayat 1-6*_
📚📌🌺💚🌻🌸👇
*_Surah Al-Anbiya, ayat 1:_*
*_اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ_*
*_Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya._*
*_Surah Al-Anbiya, ayat 2:_*
*_مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ_*
*_Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya_*
*_Surah Al-Anbiya, ayat 3:_*
*_لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ وَأَسَرُّوا النَّجْوَى الَّذِينَ ظَلَمُوا هَلْ هَٰذَا إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ أَفَتَأْتُونَ السِّحْرَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ_*
*_Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"_*
*_Surah Al-Anbiya, ayat 4:_*
*_قَالَ رَبِّي يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ_*
*_(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"_*
*_Surah Al-Anbiya, ayat 5:_*
*_بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ_*
*_(Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu"._*
*_Surah Al-Anbiya, ayat 6:_*
*_مَا آمَنَتْ قَبْلَهُم مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَفَهُمْ يُؤْمِنُونَ_*
*_Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?_*
http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-al-anbiya-ayat-1-6.html?m=1
🔊 🔊 🔊 📢 📢 📢
_*DISIARKAN OLEH TANBIHUL GHAAFILIN LAJNAH PENERANGAN&PERHUBUNGAN MEDIA PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK KL*_
_*Semoga ada manfaatnya kepada kita semua*_
📕 📌 🌺 🌸 🌷 🌷 👆
_*PAS PARTI BERKEBAJIKAN UNTUK RAKYAT*_
_*ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN*_

KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG...BOLEH ?
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"
Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.
Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.
Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.
“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”
MORAL OF THE STORY...
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.
#Orang yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia. Sabarlah Duhai Hati...
Subscribe to:
Comments (Atom)