RENUNGAN DARI BUMI SUCI (siri 1)

) Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 27; وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (27) Maksudnya; "Dan buatlah perisytiharan di khalayak ramai untuk mereka laksanakan ibadah Haji pasti mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, mereka datang dari seluruh pelusuk negeri yang jauh" Allah Taala mengarahkan Nabi Ibrahim alaihissalam membuat perisytiharan ibadah haji. Jaminan daripada Allah ialah manusia pasti datang meskipun berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus. Berjalan kaki menunjukkan kesungguhan. Meskipun tiada kenderaan mereka sanggup berjalan kaki walaupun ke tempat yang jauh demi menunaikan Haji. Unta yang kurus ditafsirkan dengan dua keadaan. Sama ada kerana ketiadaan unta yang gemuk namun kerana keinginan membuak-buak untuk hadir ke Mekah maka mereka sanggup menunggang unta yang kurus. Atau dengan maksud jauhnya perjalanan hinggakan unta yang gemuk asalnya menjadi kurus. Dalam riwayat Ibnu Abbas, Mujahid dan Ikrimah melaporkan Nabi Ibrahim bertanya bagaimanakah suaraku akan sampai kepada manusia? Allah menjawab; tugasanmu ialah menyeru dan Kami yang menyampaikannya. Demikiankah janji Allah. Manusia hanya perlu melaksanakan perintah-Nya. Jaminan selanjutnya adalah milik Allah. Namun, berapa ramai yang bersedia untuk yakin? Seruan haji sampai kepada manusia sejak zaman Ibrahim alaihissalam bersambung ke zaman Nabi kita Muhammad saw sehingga ke hari ini tanpa putus. Sehingga kini bumi Mekah tidak pernah sunyi daripada manusia. Tiada yang menarik melainkan Kaabah. Mekah adalah bumi panas gersang tanpa tumbuhan. Tanpa air melainkan Zamzam. Ibadah Haji menjadi sebab berkembangnya pelancongan ibadah. Terbentuknya pasar dan transit barangan antara Yaman di selatan dan Syam di utara di zaman silam. Sehingga kini ia memberi sumber rezki kepada jutaan manusia yang berniaga dan menguruskan pelbagai perkara melibatkan ibadah haji. Ibrahim alihissalam hanya melaksanakan perintah mengisytiharkan ibadah haji. Kehadiran manusia adalah jaminan daripada Allah kerana Dia yang membuka hati manusia. Demikianlah yang perlu kita yakini dalam apa jua pekerjaan. Tugasan kita hanyalah melaksanakan perintah Allah. Hasilnya terserahlah kepada Allah. Bagi pendakwah, tugasannya ialah menyampaikan seruan lalu hasilnya sama ada manusia menerima atau menolak terserahlah kepada Allah. Namun, Allah pasti membuka hati sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sekian. Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 8 Zulhijjah 1436 H / 22 September 2015 jam 11.30 pg waktu Mekah

فضل صيام يوم عرفة؟

يوم عرفة 1- فضل صيام يوم عرفة؟ قال صلى الله عليه وسلم: صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده». رواه مسلم   2- لماذا عاشوراء يكفر سنة ، ويوم عرفة يكفر سنتين ؟ قال ابن القيم: الأول: أن يوم عرفة في شهر حرام ، وقبله شهر حرام ، وبعده شهر حرام ، بخلاف عاشوراء . الثاني : أن صوم يوم عرفة من خصائص شرعنا ، بخلاف عاشوراء ، فضوعف ببركات المصطفى . بدائع الفوائد (4-211)   3- لماذا سُمي يوم عرفة بهذا الاسم؟ قال ابن الجوزي: الأول: لأن جبريل كان يري إبراهيم المناسك فيقول عرفت والثاني: لأن آدم وحواء تعارفا هنالك. كشف المشكل (2-156)   4-كيف يكفر عرفة السنة التي بعده؟ قال المناوي: أ-يحفظه أن يذنب فيها ب-أو يعطي من الثواب ما يكون كفارة لذنوبها ج-أو يكفرها حقيقة ولو وقع فيها ويكون المكفر مقدما على المكفر. فيض القدير (4-230)   5- ما الحكمة في تفضيل صيام عرفة على صيام يوم عاشوراء؟ قال ابن حجر: صيام يوم عرفة أفضل من صيام يوم عاشوراء وقد قيل في الحكمة في ذلك أن يوم عاشوراء منسوب إلى موسى عليه السلام ويوم عرفة منسوب إلى النبي صلى الله عليه و سلم فلذلك كان أفضل. فتح الباري (4-249)   6- هل التكفير للسنتين في صيام عرفة للكبائر أم الصغائر؟ قال ابن عثيمين: صيام يوم عرفة يكفر السنة التي قبله والتي بعده بالنسبة للصغائر فقط أما الكبائر فلا بد فيها من توبة مستقلة. (فتاوى نور على الدرب)   7- ما حكم صوم يوم عرفة لغير الحاج ؟ قال ابن باز: صوم يوم عرفة مستقل ، وله فضل عظيم يكفر الله به السنة التي قبله والسنة التي بعده . مجموع الفتاوى (15/ 405) قال ابن عثيمين: صيام يوم عرفة لغير الحاج سنة مؤكدة. مجموع الفتاوى (20/ 46)   8- هل يجوز صوم يوم عرفة لمن عليه قضاء من رمضان ؟ قال ابن باز: إذا كان عليه صوم قضاء يبدأ بالقضاء وإذا صام يوم عرفة عن القضاء وأيام التسع عن القضاء فهذا حسن . مجموع الفتاوى (15/ 406)   9- هل يجوز صيام القضاء مع صيام النافلة بنية واحدة مثل صيام يوم عرفة وقضاء رمضان بنية واحدة؟ قال ابن عثيمين: إذا كان المقصود أن تصوم يوم عرفة مع القضاء، أو عاشوراء مع القضاء بمعنى أن تصوم يوم القضاء في يوم عرفة، أو في يوم عاشوراء فلا بأس بذلك ويحصل لك الأجر. مجموع الفتاوى (20/ 49)   10-هل  يجوز صيام يوم عرفة إذا نويته عن القضاء أم لا؟ يجوز صيام يوم عرفة عن يوم من رمضان إذا نويته قضاء. اللجنة الدائمة (10/ 347)   11- هل يمكن الجمع في النية بين صيام الثلاثة أيام من الشهر وصيام يوم عرفة؟ قال ابن عثيمين: صوم يوم عرفة المقصود أن يأتي عليك هذا اليوم وأنت صائم، سواء كنت نويته من الأيام الثلاثة التي تصام من كل شهر، أو نويته ليوم عرفة، لكن إذا نويته ليوم عرفة لم يجزىء عن صيام الأيام الثلاثة، وإن نويته يوماً من الأيام الثلاثة أجزأ عن يوم عرفة، وإن نويت الجميع كان أفضل. مجموع الفتاوى (20/ 14)   12- هل يجوز صوم يوم الجمعة منفردا ، إن وافق يوم عرفة؟ يشرع صوم يوم عرفة إذا صادف يوم جمعة ولو بدون صوم يوم قبله. اللجنة الدائمة (10/ 395)   13- هل يجوز صوم يوم السبت منفردا ، إن وافق يوم عرفة؟ يجوز صيام يوم عرفة مستقلا سواء وافق يوم السبت أو غيره من أيام الأسبوع لأنه لا فرق بينها؛ لأن صوم يوم عرفة سنة مستقلة وحديث النهي عن يوم السبت ضعيف لاضطرابه ومخالفته للأحاديث الصحيحة. اللجنة الدائمة (10/ 396)   14- ما حكم من صام يوم عرفة بقصد التطوع وعليه أيام من رمضان؟ من صام يوم عرفة بقصد التطوع وعليه أيام من رمضان فصيامه صحيح، والمشروع له أن لا يؤخر القضاء. اللجنة الدائمة (10/ 399)   15- هل يجزيء صيام يوم عرفة وستة من شوال عن صيام الكفارة؟ لا يجزئ صيام يوم عاشوراء وعرفة وستة من شوال عن كفارة اليمين إلا إذا نوى بصيامها أنه عن الكفارة لا التطوع. اللجنة الدائمة (23/ 38)

takbir raya

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. .....人 .. ( ◎)_________人 ..║ ∩║____.-:''''''"''";-. ..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*) ..║ ∩║_ ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║ Indah langit tkerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah Aidilfitri kerana kemaafan, Indah Aidiladha kerana pengorbanan. Selamat Hari Raya Aidiladha
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Tazkirah Pagi Khamis 03 Zulkaedah 1436h 17 September 2015m Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan memperoleh syurga. Disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah swt. Seperti firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 111 dan 112........ ,📚📌💚🌹💎💐🌻👇👇👇 Surah At-Taubah, ayat 111: إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. Surah At-Taubah, ayat 112: التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). Jelajah Inspirasi: Tafsir Quran Surat At Taubah (9) : 111-112 http://faridadwiutari.blogspot.my/2013/09/tafsir-quran-surat-at-taubah-9-111-112.html?m=1 📢📢📢🔊🔊🔊 Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak.KL Semoga ada manfaatnya kepada kita semua 📚📌🌹🌻💐👆👆💚 ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN. Dihantar oleh: Penerangan BTR Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

ibu bapa tidak dapat melepaskan anak dari pada dosa2nya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Tazkirah Pagi Sabtu 05 Zulkaedah 1436h 19 September 2015m Sesungguhnya Allah swt memerintahkan semua manusia supaya bertakwa kepada Allah dan takut kepada hari akhirat yang mana ibu bapa tidak dapat melepaskan anak dari pada dosa2nya. Seperti firman Allah dalam surah Lokman ayat 33 dan 34 📚📌👆🌹💚🌻💐 Surah Luqman, ayat 33: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَّا يَجْزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. Surah Luqman, ayat 34: إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. https://alquranmulia.wordpress.com/2013/09/01/tafsir-ibnu-katsir-surah-luqman-8/ https://alquranmulia.wordpress.com/2013/09/01/tafsir-ibnu-katsir-surah-luqman-8/ 📢📢🔊🔊🔊 Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL..... Semoga ada manfaatnya kepala kita semua. 📚📚📌🌹💚💐🌻👆👆 ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN. Dihantar oleh: Penerangan BTR Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH "

✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏ 🍎 Assalamualaikum... tumpang tnya... apa hukum nikah gantung... n boleh xkongsi serba sedikit tentg nikah gantung.. 🍏. Wa'alaikumusalam wbt. 🔹 dan hukumnya HARUS . 🔹 Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . 🔹Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan . 🔹 Nikah Gantung juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang sebagaimana pernikahan biasa dilakukan . 🔹 Syarat SAH Nikah di dalam rukun nikah seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah . 🔹Nikah Gantung menangguhkan Majlis Kenduri Kahwin (Walimatul Urus). ✒ Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan... l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya . ll) Pasangan yang masih lagi Belajar. lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga . 🔹Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing . ✒Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra (couple halal). 🔹Malah jika melakukan sex pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “ hukumnya . Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia . Wallahu'alam bissawab

janganlah patuhi kehendak orang kafir dan munafik.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Tazkirah Pagi Ahad 06 Zulhijah 1436h 20 September 2015m Sesungguhnya Allah swt menyeru Rasulullah saw supaya tetap bertakwa kepada Allah dan janganlah patuhi kehendak orang kafir dan munafik..... Seperti firman Allah dalam surah Al -Azab ayat 1 hingga 3... 📒🌹💐🌻📌📝👇👇 Surah Al-Ahzab, ayat 1: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Surah Al-Ahzab, ayat 2: وَاتَّبِعْ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Surah Al-Ahzab,ayat 3: وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu. Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Ahzab (1) | alqur'anmulia https://alquranmulia.wordpress.com/2013/08/20/tafsir-ibnu-katsir-surah-al-ahzab-1/ 📢📢🔊🔊🔊 Disiarkan oleh Tanbihul Ghafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL... Semoga sama sama kita jadikan iktibar. 📚💎💚🌹💐🌻👆👆 ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN. ___----####____-------#### Dihantar oleh: Penerangan BTR Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

perkara perkara yang tidak diredhai Allah dan Rasul Nya Allah swt akan melaknat di dunia dan akhirat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Tazkirah Pagi Isnin 07 Zulhijah 1436h 21 September 2015 Sesungguhnya Allah swt memberikan peringatan kepada manusia sesiapa yang melakukan perkara perkara yang tidak diredhai Allah dan Rasul Nya Allah swt akan melaknat di dunia dan akhirat. Seperti firman Allah dalam surah Al -Ahzab ayat 57 dan 58...... 📒🌹📝👇👇💚💐🌻 Surah Al-Ahzab, ayat 57: إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. Surah Al-Ahzab, ayat 58: وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. Tafsir Ibnu Katsir Online Versi 1.0: Tafsir Surat Al-Ahzab, ayat 57-58 http://ibnukatsironline.blogspot.my/2015/09/tafsir-surat-al-ahzab-ayat-57-58.html?m=1 📢📢📢🔊🔊🔊✏ Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL. Semoga dapat sama sama ambil iktibar. 📚🌹💚👆👆🌻💐 ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN. Dihantar oleh: Penerangan BTR Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Tazkirah Pagi Selasa 08 Zulhijah 1436 22 September 2015 Sesungguhnya Allah swt memerintahkan umat manusia beribadat kepada Allah swt yang telah menciptakan kamu.dan orang orang yang terdahulu daripada kamu.. Seperti firman Allah dalam surah Al -Baqarah 21 dan 23 📒👇👇📌🌹🌻💐💚 Surah Al-Baqara, ayat 21: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Surah Al-Baqara, ayat 22: الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Tafsir Ibnu Katsir Online Versi 1.0: Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 21-22 http://ibnukatsironline.blogspot.my/2014/08/tafsir-surat-al-baqarah-ayat-21.html?m=1 📢📢📢🔊🔊🔊 Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL..... Semoga dapat sama sama kita ambil iktibar. 📚📌👆👆🌻💐🌹💚 ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN...... Dihantar oleh: Penerangan BTR Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGANNYA

Kertaskerja ini dibentangkan di Wacana Fiqh Qurban,  Pada 14 Oktober 2012 di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Oleh: Prof Madya Dr. Azman bin Mohd Noor, Mohamad Fadzli bin Shamsuddin. Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia azzmann@hotmail.com PENDAHULUAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah korban bermula pada zaman Nabi Ibrahim ketika peristiwa penyembelihan anaknya Ismail yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah korban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah seperti zakat dan solat dua hari raya. Mengikut istilah fiqh Korban atau Udhiyah bermaksud menyembelih haiwan tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula pada selesainya solat hari raya Eid al-Adha (10 Zulhijjah) & pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah s.w.t., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijmak tentang pensyariatan ibadah korban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah korban antaranya firman Allah di dalam surah al-Kautsar ayat 2 ertinya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (Korban) sebagai (tanda) bersyukur”. Firman Allah lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 ertinya: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang meminta dan yang tidak meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”. Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah korban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W: “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binantang korban), kerana ia (binatang Korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah Korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan.” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib). Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah Korban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107: “Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibash) yang besar”. Selain itu, ibadah korban merupakan ibadah yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang diKorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Ibadah ini mengandungi banyak hikmah antaranya ia merupakana satu tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmatnya yang tidak terkira, dan sebagai kafarah (penutup) dosa-dosa. Selain itu, ibadah ini dapat mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesediaan hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang yercinta. Di samping itu ia dapat melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah serta melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah. HUKUM IBADAH KORBAN Para ulama’ telah sepakat bahawa ibadah korban merupakan ibadah yang telah disyariatkan. Namun, mereka berselisih pendapat bekaitan hukum ibadah ini. Ada yang mengatakan ibadah ini wajib dan ada pula yang mengatakan ibadah ini sunat. Pendapat-pendapat mereka disokong dengan hujah-hujah yang kuat. Antara ulama’ yang berpendapat bahawa ibadah ini wajib ialah Imam Abu Hanifah dan beberapa pengikutnya. Beliau berpendapat bahawa ibadah Korban ini wajib sekali setiap tahun ke atas orang yang bermukim (tetap). Pendapat mereka bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berKorban, akan tetapi dia tidak mahu berKorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid)” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah). Namun, Abu Yusuf dan Muhammad dari Mazhab Hanafi mengatakan ibadah korban tidak wajib tetapi sunat muakkad.[1] Adapun selain daripada Mazhab Hanafi, mereka berpendapat bahawa ibadah korban adalah sunat dengan berpandukan hadis Nabi SAW maksudnya: “Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunat bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Dalam hadis yang lain Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara ianya fardhu ke atasku, dan sunat ke atasmu: solat witir, menyembelih korban dan solat dhuha”.[2] (Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim). Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan Korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya. Menurut pandangan Imam Syafie dan Malik, hukum melakukan ibadah korban ini adalah sunat muakkadah iaitu ibadah sunat yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pendapat mereka dikuatkan lagi dengan sabda Rasululluah SAW: “Aku telah diperintahkan supaya berkorban dan ianya adalah sunat bagimu” (Riwayat Imam al-Tirmizi).[3] Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa ulama’-ulama’ mazhab berpendapat ibadah Korban dikira sama ada sunat muakkad atau wajib. Namun begitu jumhur ulama’ berpendapat bahawa ibadah korban adalah amalan yang sunat mu’akkad sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. SYARAT-SYARAT IBADAT KORBAN Syarat sah korban: 1. Syarat yang utama ialah seseorang itu mampu melaksanakan ibadah korban, dan tidak dituntut bagi sesiapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada hari raya Aid adha dan hari-hari tashriq (11, 12 dan 12 Zulhijjah)[4] 2. Syarat mukallaf untuk seseorang melakukan ibadah korban ialah beragama Islam, merdeka, aqil baligh, bermukim dan berkemampuan. Syarat binatang sembelihan: 1. Menurut ijmak ulama’ binatang yang harus dijadikan sembelihan korban ialah di kalangan binatang ternakan (bahimah al-an’am) seperti unta, lembu, kambing dan yang seumpama dengannya seperti firman Allah di dalam surah al-Hajj ayat 34 yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.[5] Walaubagaimanapun ulama’ berkhilaf pendapat dalam menentukan binatang mana yg lebih afdal utk dijadikan korban. 2. Binatang yang hendak dijadikan korban hendaklah daripada binatang yang tiada aib atau cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. 3. Usia binatang sembelihan korban adalah berbeza mengikut jenis binatang. Unta disyaratkan telah berumur 6 tahun. Manakala kambing dan lembu disyaratkan telah berusia 2 tahun dan masuk ke umur 3 tahun. Kibash pula disyaratkan telah memasuki umur 2 tahun. [6] Dikecualikan kepada anak kibash/al-da’n yang dipanggil al-jaz‘ umur yang lebih muda iaitu 6 bulan. Namun, pendapat yang sahih dalam mazhab Shafie ialah genapnya setahun.[7] Waktu ibadah korban 1. Ibadah korban mestilah dilaksanakan pada waktu-waktu khusus iaitu pada 10 Zulhijjah selepas solat sunat hari raya sehinggalah tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah. ISU ISU BERKENAAN IBADAH KORBAN 1. Berkenaan Daging Korban Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy tidak termasuk di kalangan binatang yang boleh dibahagikan dagingnya kepada beberapa bahagian iaitu hanya mencukupi sebagai korban untuk satu bahagian sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi korban bagi tujuh orang.[8] Ini berdasarkan hadith Jabir: “Kami berkorban bersama Rasulullah SAW semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.” (diriwayatkan oleh jama’ah). Dan hujah ini dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim: “Kami keluar bersama Rasulullah SAW dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah SAW telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.” 1.2 Hukum memakan daging korban oleh orang yang melakukan ibadat korban: 1. Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa harus bagi orang yang berkorban untuk memakan daging korban miliknya. 2. Adapun mengikut Mazhab Hanafi korban nazar iaitu korban wajib adalah dilarang untuk dimakan oleh orang yang berkorban sepertimana memakan anak yang lahir dari binatang sembelihan itu yang lahir sebelum disembelih.[9] 3. Mengikut pandangan Mazhab Maliki dan Hanbali adalah harus daging sembelihan korban nazar dimakan oleh orang yang berkorban seperti daging sembelihan korban sunat. Namun, yang paling dituntut adalah dagingnya dimakan sebahagiannya, disedekahkan dan diberi makan kepada fakir miskin. Di sisi Mazhab Maliki dan Hanafi jika daging itu dimakan semuanya oleh orang yang berkorban atau disimpan selama 3 hari hukumnya adalah harus tetapi dibenci (makruh). Manakala Mazhab Hanbali mengharuskan untuk memakan sebahagian besar dagingnya.[10] 4. Mazhab Syafi’e berpandangan bahawa korban wajib atau nazar atau yang telah dinyatakan tujuannya dengan lafaz seperti ‘ini adalah sembelihan korban’ atau ‘aku menjadikannya sebagai sembelihan korban’ maka tidak harus dimakan dagingnya oleh orang yang berkorban dan tanggungannya (ahli keluarganya). Bahkan adalah wajib untuk disedahkan kesemuanya.[11] 5. Adapun korban sunat di sisi Mazhab Syafi’e adalah harus bahkan digalakkan kepada orang yang berkorban untuk memakan daging korbannya. Diriwayatkan dari Baihaqi: “Bahawa Rasulullah SAW makan daripada hati sembelihan korbannya”. 1.3 Pembahagian Daging Korban 1. Dalam masalah pembahagian daging korban, adapun yang paling dituntut disisi Mazhab Hanafi dan Hanbali ialah dibahagikan daging itu kepada 3 bahagian. 1/3 untuk dimakan oleh orang yang berkorban, 1/3 untuk dihadiahkan kepada saudara maranya atau sahabat-sahabatnya dan 1/3 lagi untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud: “Makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta.” Dan Allah berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 28 bermaksud: “Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang Korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” Berdasarkan ayat 28 ini Mazhab Hanbali mewajibkan memberi makan kepada orang orang fakir miskin kerana perkataan ‘berilah makan’ adalah ayat perintah.[12] 2. Dalil yang digunakan oleh selain daripada Mazhab Maliki tentang kadar pembahagian daging sebanyak 1/3 bahagian ialah riwayat Ibn Abbas pada menyifatkan sembelihan Nabi SAW: “Dan baginda memberi makan ahli keluarganya 1/3, dan memberi makan di kalangan jiran-jirannya yang miskin 1/3, dan memberi sedekah kepada yang memerlukan/yang meminta 1/3”. (riwayat al-Hafiz Abu Musa al-Asfahani). 3. Manakala Mazhab Maliki berpandangan bahawa tiada pembahagian daging dalam ibadah korban bersandarkan kepada hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah, Jabir, Abu Said, Buraidah dan selain mereka yang mana pada hadis-hadis tersebut Nabi ada menyatakan: “Makanlah kamu, dan simpanlah kamu dan bersedekahlah kamu”, atau pada riwayat lain: “Makanlah kamu, dan berilah makan, dan simpanlah kamu”.[13] 4. Daging korban adalah harus untuk diberikan kepada orang-orang kaya mengikut pandangan Mazhab Syafi’e sebagai hadiah kepada mereka tanpa bertujuan untuk berjual beli dengannya. 5. Mengikut pandangan lama Mazhab Syafi’e orang yang berkorban boleh makan separuh dan separuh yang lain disedekahkan. Namun, pandangan yang baru pula mengharuskan orang yang berkorban untuk makan 1/3 daripada sembelihan korbannya. Namun yang paling tepat ialah wajib disedekahkan sebahagian walaupun sedikit daripada dagingnya. Paling afdal adalah memberi sedekah kesemua daging korban kecuali sedikit sekadar untuk mengambil berkat dari ibadah korban.[14] 6. Orang yang berkorban sunat mengikut pendapat Mazhab Syafi’e boleh menyedekahkan kulit binatang sembelihannya ataupun untuk memanfaatkannya seperti harusnya memanfaatkan dagingnya. Paling afdal adalah disedekahkan kesemuanya. Adapun korban wajib maka orang yang berkorban tidak harus untuk memanfaatkan kulitnya.[15] 1.4.Hukum memanfaatkan bahagian-bahagian badan binatang Korban 1. Diharamkan jual beli bulu, lemak, daging, bahagian-bahagian badan, kepalanya, kulit, rambut, dan susu binatang korban yang diperah selepas disembelih korban. Nabi SAW telah memerintahkan supaya kulit binatang korban dibahagikan dan melarang jual beli padanya, sabda Nabi SAW: “sesiapa yang menjual kulit binatang-binatang korbannya, maka tiada korban baginya”. (riwayat Hakim dan Baihaqi).[16] 2. Bahagian-bahagian anggota badan binatang korban juga tidak diharuskan untuk diberi kepada penyembelih iaitu sebagai upah untuknya. Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. Dan Ali telah berkata: “kami memberikan upahya (secara berasingan) daripada kutipan sesama kami”. (Muttafaqun Alaih).[17] 3. Namun, jika pemberian kepada penyembelih itu atas dasar kemiskinan atau sedekah bukan atas dasar upah (upah diberi berasingan) maka hukumnya adalah harus. 4. Bagi orang yang berkorban pula diharuskan untuk memanfaatkan kulit binatang sembelihannya. Namun di sisi Mazhab Hanafi mengangap ia termasuk dalam bab ‘istihsan’ jika seseorang itu membeli sesuatu menggunakan kulit binatang sembelihan tersebut dengan syarat barang yang dibeli atau barang tukaran tersebut hendaklah sesuatu yang kekal dan bukan sesuatu yang musnah seperti dinar, dirham, makanan atau minuman. Dalil tentang harusnya memanfaatkan kulit binatang sembelihan adalah perbuatan Aisyah yang menjadikan kulit binatang sembelihan sebagai bekas air. Namun Mazhab Maliki menghukumkan makruh jika digunakan sebagai bekas makanan atau minuman orang yahudi dan nasrani.[18] 1.5 Hukum memberi daging atau bahagian badan binatang sembelihan korban kepada orang kafir: 1. Imam al-Nawawi menukilkan daripada Ibn Munzir Ijma‘ Ulama bahawa adalah harus memberi makan daging Korban kepada fakir miskin Muslim. Mereka berselisih pendapat berkenaan memberi makan daging Korban kepada Ahli Zimmah. Abu Hanifah, Hasan al-Basri dan Abu Thaur membenarkannya. Imam Malik pula lebih suka mengutamakan Muslimin. Imam Malik mengaggap makruh memberikan kulit binatang Korban kepada orang Kristian. Adapun pegangan mazhab Shafie, menurut Imam al-Nawawi, harus memberi makan kafir Zimmi daripada daging sembelihan Korban Sunat, bukan Korban wajib seperti nazar.[19] 2. Mengikut pandangan Mazhab Hanbali adalah harus memberi daging kepada orang kafir jika ianya adalah korban Sunat. Adapun korban wajib maka tidak diharuskan.[20] 3. Menurut pandangan Syeikh Soleh Uthaimin, seseorang itu boleh memberikan daging Korban kepada orang kafir sebagai sedeqah selagi orang kafir itu tidak memerangi dan membunuh orang Islam. Jika dia seorg kafir yang memerangi orang Islam, maka tidak boleh memberinya apa-apa. Ini bermakna hanya kafir zimmi sahaja yang diberi kelebihan untuk menerima daging korban. Pendapat ini dikuatkan dengan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 hingga 9 maksudnya: “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.[21] 4. Fatwa dari Lajnah Da'imah lil Buhuth al-'Alamiyah wa al-Ifta' pula berpendapat harus untuk memberi makan daging korban kepada orang kafir yang membuat perjanjian damai dan juga tebusan dari kalangan orang kafir. Boleh memberinya kepada orang kafir yang miskin, kaum kerabat, jiran atau mu'allaf, kerana menyembelih daging Korban ini adalah korban dan ibadat kepada Allah semata-mata. Yang lebih afdhal, dagingnya dimakan sepertiga, sepertiga lagi diberikan kepada kerabat, jiran dan teman, dan sepertiga lagi disedeqahkan kepada orang fakir. Jika dilebihkan atau dikurangkan bahagian ini maka tidak mengapa. Tidak boleh memberikan daging korban ini kepada orang kafir yang memerangi orang Islam, kerana kita wajib menjatuhkan dan melemahkannya serta tidak menguatkannya dengan sedekah. Itu adalah hukum dalam memberi sedekah kerana umum dalam firman Allah ini: “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu”.[22] 5. Di Negara kita Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah memutuskan bahawa tidak harus mengagih dan memberi makan daging Korban kepada orang bukan Islam.[23] Kesimpulannya, ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi pula mengatakannya harus kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun satu perkara yang tiada khilaf di kalangan ulama’ ialah mengutamakan umat Islam. Oleh itu dalam hal ini, umat Islam perlu didahulukan, tetapi tidak menjadi kesalahan memberikannya kepada orang kafir ahli al-zimmah. 2. Hukum Memindahkan Daging Korban/ Melakukan Ibadah Korban ke Tempat Atau Negeri/Negara lain: 1. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri lain atau kepada penduduk negeri lain yang lebih berhajat kepada daging itu berbanding penduduk di negeri sendiri.[24] 2. Mazhab Maliki pula berpandangan bahawa tidak diharuskan memindahkannya ke kawasan atau negeri yang jaraknya tidak jauh dari tempat korban tersebut dilaksanakan, kecuali penduduk kawasan tersebut lebih berhajat daripada penduduk di kawasan atau negeri sendiri. 3. Mazhab Hanbali dan Syafi’e juga berpandangan seperti Mazhab Maliki.[25] Hukumnya adalah harus menurut mazhab Shafie berasarkan kaedah qiyas dengan pengeluaran zakat di luar Negara di mana sepatutnya didahulukan tempat sendiri.[26] 4. Di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah memutuskan bahawa harus mengagihkan daging Korban ke tempat atau negara lain.[27] Berkenaan melakukan ibadat Korban di luar negeri/Negara, Sheikh Muhammad bin Muhammad bin Mukhtar al-Shanqiti berpendapat bahawa ibadah Korban di luar Negara adalah sah dan pelakunya akan mendapat pahala melakukan ibadat Korban. Tetapi yang afdalnya dilakukan di kawasan tempat tinggalnya. Lebih afdal lagi sekiranya dilakukan ibadat Korban di kawasan kediamannya dan juga di luar Negara yang berdepan dengan kesukaran.[28] Dr. Nazim al-Misbah juga menyokong pandangan ini. Beliau menolak pandangan yang mendakwa ibadat Korban di luar Negara adalah sama dengan sedekah biasa[29]. Menurutnya lagi pendapat ini tidak ada dalil yang kuat. Bahkan ia bercanggah dengan fakta yang meyatakan bahawa Rasulullah SAW mewakilkan Sayyidina Ali untuk melakukan penyembelihan Korban baginda ketika Haji Wada’. Kesimpulan, yang afdal dan hukum asal bagi ibadah Korban ialah dilaksanakan di negeri sendiri. Sekiranya dibuat di luar Negara, tidak menjadi kesalahan. Bagi mereka yang mampu, boleh buat dua dua sekali. 3. Pantang Larang Bagi Mereka yang Ingin Melakukan Ibadat Korban Disunatkan kepada mereka yang hendak melakukan ibadat Korban apabila masuk satu haribulan Zulhijah, agar tidak memotong kuku atau mencukur/menggunting rambut, ataupun mana mana bulu di badan sehinggalah dilakukan ibadat Korban. Al-Imam Al-Shirazi berpendapat bahawa ia tidak wajib kerana mereka bukan berihram sebagaimana yang dilakukan oleh Jemaah haji. Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ummi Salamah: “Sesiapa yang akan melakukan sembelihan Korban, apabila kelihatan Hilal Zulhijjah maka janganlah dia menyentuh kuku atau rambutnya sehinggalah disempurnakan ibadat Korban”. Hadis riwayat Muslim. Imam al-Nawawi berkata Ulama mazab Syafie menanggap bahawa hukumnya adalah makruh Karahiyat al-Tanzih berdasarkan hadis di atas. Inilah pegangan mazhab Shafie. Ada juga sebahagian ulama mazhab Syafie seperti Al-Rafie menganngap hukumnya adalah haram. Ini selari dengan pandangan Said Ibn Musayyab, Imam Ahmad dan Rabiah yang mengaanggapnya haram. Mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah tidak menganggap makruh (harus) perbuatan potong kuku atau rambut bagi mereka yang ingin melakukan ibadat Korban.  Di antara hikmah dilarang perbuatan tersebut ialah supaya semua anggota badan pelaku Korban diselamatkan daripada api neraka dan juga untuk mencontohi mereka yang berada dalam ihram haji walaupun tidak dilarang hubungan suami isteri dan juga wangian.[30] 4. Program Korban yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa dan Institusi Kerajaan/Swasta Di dalam mazhab Shafie, harus bagi pemerintah menggunakan peruntukan Bait al-Mal untuk melakukan ibadat Korban (menghidupkan syiar ibadah) bagi masyarakat Islam.[31] Berdasarkan pendapat ini, boleh diqiyas keharusannya kepada badan-badan kerajaan dan juga swasta. Persoalannya, adakah sah ibadat Korban tersebut atau ia sama dengan sedekah? Sepatutnya ibadah ini dilakukan oleh individu Muslim, dan oleh kerana ia adalah ibadat, maka perlu kepada niat. Tidak dapat digambarkan berlakunya niat daripada entity undang undang (legal entity). Dicadangkan kepada syarikat syarikat ataupun institusi kerajan ataupun swasta supaya diberikan kepada fakir miskin (dimilikkan) binatang ternakan samada lembu atau kambing yang akan disembelih Korban. Tujuannya ialah mereka berpeluang melakukan ibadat Korban dengan menjadi pemilik kepada binatang Quran atau sebahagian daripadanya (1/7) dan mereka akan menunaikan niat korban ketika melakukan kerja-kerja penyembelihan. Namun, ia perlu kepada pematuan supaya penyembelihan akan betul betul berlaku dan menepati kehendak Syarak. Dengan itu tidak dicadangkan pemilikan diberika sebelum penyembelihan. Tujuannya ialah supaya haiwan itu tidak dijual hidup hidup untuk mendapatkan duit tunai. 5. Melakukan Ibadat Korban Bagi Mereka yang Sudah Meninggal[32] Ibadah Udhiyyah/Korban adalah sunnah mu’akkadah kepada mereka yang hidup dan berkemampuan. Ia sah dilakukan untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga yang masih hidup. Adapun ke atas mereka yang sudah meninggal, tidak wajib lagi ke atas mereka kecuali sekiranya si mati mewasiatkan atau bernazar untuk melakukannya sebelum mati. Ulama berselisih pendapat apakah sah hukumnya sekiranya dilakukan ibadah Korban untuk simati tanpa wasiat atau nazar. Pendapat pertama: Tidak sah, kecuali simati berwasiat demikian. Ini adalah pendapat mazhab Shafie sebagaimana yang disebut oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Minhaj. Disebut oleh Sheikh Taqiyyuddin al-Husaini di dalam kitabnya Kifayat al-Akyar, bahawa pendapat yang al-Asahhu (yang dipilih) dalam mazhab Shafie ialah tidak sah melakukan ibadat korban bagi simati kecuali simati berwasiat demikian.[33] Pendapat kedua: Sah dilakukan Korban kepada simati secara berasingan daripada yang hidup sebagai tabarru‘ berdasarkan kaedah qiyas dengan perbuatan sedekah. Pendapat ini dinisbahkan kepada sebahagian daripada ulama mazhab Hanbali. Pendapat ketiga: Makruh. Ini adalah pendapat Imam Malik kerana tidak sabit amalan ini dari Rasulullah. Penulis berpendapat perbutatan ini tidak berapa digalakkan kerana tidak dilakukan oleh Rasulullah kepada keluarga Banginda yang sudah meninggal. Para sahabat juga tidak melakukannya kepada keluarga mereka yang sudah meninggal. 6. Wakalah Dalam Ibadah Korban Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah. Bahkan Nabi sendiri pernah menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri. Namun, tidak menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk menjalankan ibadah korban bagi pihaknya. Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus berwakil membeli binatang Korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu. Sepertimana kebiasaan di negara kita, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan. Jika ditinjau dari segi hukum, perlaksanaan yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah. 6.1 Konsep Wakalah: Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu: I. Muwakkil (orang yang berwakil) II. Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil) III. Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) IV. Shighah (ijab dan qabul). Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban: 1. Hendaklah seorang Muslim dan bukan ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab adalah makruh. Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Adapun majusi adalah diharamkan sembelihannya.[34] 2. Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban. 3. Memenuhi syarat-syarat mukallaf. Hukum upah bagi wakil: 1. Ulama’ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih). Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan bahagian daripada binatang korban itu sebagai upahnya. 2. Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari daging korban. Ali r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri”. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya) Hujjah lain, pada dasarnya upah untuk ibadah adalah diharuskan seperti upah haji dan umrah. Adapun ibadah-ibadah yang tidak memerlukan belanja dan usaha yang keras maka tidak diharuskan padanya sebarang upah. Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging Korban adalah kerana daging daripada penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan). 6.2 Kaedah Kaedah Wakalah di dalam Ibadah Korban: 1. Wakalah berbentuk penyerahan binatang korban: Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga. Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu Muwakkil (orang yang berwakil), Muwakkal (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul). [35] أركانها اربعة موكل ووكيل وموكل فيه وصيغة ويكفى فيها اللفظ من أحدهما وعدم الرد من الأخر كقول الموكل وكلتك بكذا او فوضته إليك ولو بمكاتبة او مراسلة (الباجورى جزء 1 ص : 296 ) 2. Wakalah berbentuk penyerahan wang: Dengan cara ini urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini menurut pandangan ulama hukumnya adalah harus. Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan dalam kitab I’anah al-Talibin:[36] للصواب: في فتاوي العلامة الشيخ محمد بن سليمان الكردي محشي شرح ابن حجر على المختصر ما نصه: (سئل) رحمه الله تعالى: جرت عادة أهل بلد جاوى على توكيل من يشتري لهم النعم في مكة للعقيقة أو الأضحية ويذبحه في مكة، والحال أن من يعق أو يضحي عنه في بلد جاوى فهل يصح ذلك أو لا؟ أفتونا. (الجواب) نعم، يصح ذلك، ويجوز التوكيل في شراء الأضحية والعقيقة وفي ذبحها، ولو ببلد غير بلد المضحي والعاق كما أطلقوه فقد صرح أئمتنا بجواز توكيل من تحل ذبيحته في ذبح الأضحية، وصرحوا بجواز التوكيل أو الوصية في شراء النعم وذبحها، وأنه يستحب حضور المضحي أضحيته. ولا يجب. وألحقوا العقيقة في الاحكام بالأضحية، إلا ما استثني، وليس هذا مما استثنوه، فيكون حكمه حكم الأضحية في ذلك. وبينوا تفاريع هذه المسألة في كل من باب الوكالة والإجارة فراجعه.  Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi Muhasyyi Syarah Ibni Hajar ‘ala al Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya: “Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawi mewakilkan kepada seseorang agar membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Diperbolehkan mewakilkan dalam pembelian binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu.”.. Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan (wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusu berlaku apabila mereka yang melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi wakil yang akan mewakili pihak ketiga untuk menguruskan ibadah korban terutamanya di luar negara, perlu dinyatakan dengan jelas perwakilan adalah secara mutlak. Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr) Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah, iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu‘awadah seperti jual beli. Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah dengan persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu‘awadah membatalkan kontrak. Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah korban. Diantara kesilapan yang kerap berlaku ialah tidak disebut berapa upah.  Di antara alternatif adalah seperti berikut: 1. Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian korban termasuk kos pengurusan dan upah. Perlu dinyatakan termasuk upah. Ini boleh diterima sekiranya penyembelihan dan urususan penyelenggaraan dilakukan sendiri oleh penganjur seperti masjid atau surau. 2. Adapun bagi mereka yang mengutip wang penyertaan ibadah Korban, kemudian mewakilkan pihak lain, dan mengambil upah, perlu dinyatakan jumlah upah. Contohnya Harga kambing RM450, upah RM50. 3. Menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil ataupun kepada masjid/badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim dll. Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban, yang selebihnya/baki adalah untuk kamu.” atau “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban, yang selebihnya/baki adalah untuk masjid.” Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai: إذا قال الموكل للوكيل: بع العين بكذا، فما زاد فهو لك “Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Juallah barang ini dengan sekian-sekian, apa yang lebih adalah untukmu” Di antara ulama yang yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn Abbas, Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya’bi, Hassan al-Basri, Ishaq Ibn Rahawaih, Ahmad bin Hanbal,dan juga ulama mazhab Hanbali.[37] Ulama yang membenarkan kaedah ini juga mengharuskan membeli dengan harga sekian, sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga itu deberikan kepada wakil. Contoh, “Belikan saya sebahagian lembu korban dengan harga RM500, sekiranya kamu boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga saya berikan kepada kamu.” Perlu diingatkan supaya tidak berlaku ghubn iaitu kerugian disebabkan penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korban di mana, kadang kadang lembu yang disembelih adalah yang kurus atau tidak cukup sharat sah sembelih, kerana dibeli dengan harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan upah yang tinggi. Dicadangkan bagi mereka yang menganjurkan ibadat korban secara komersial, agar mengabil upah secara berpatutan menurut uruf, sebagaimana Al-Quran membenarkan penjaga anak yatim mangambil upah di atas kerjanya sekiranya tidak ada kemampuan dengan syarat ianya berpatutan menurut uruf semasa dan tempat pengurusan korban “bi al-makruf”. Aktiviti ini juga perlu kepada pamatauan pihak berkuasa supaya tidak berlaku penipuan. KESIMPULAN Ibadah korban merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah SWT dan ganjaran amatlah besar. Di dalamnya terkandung seribu satu hikmah. Oleh kerana ianya adalah sunat muakkad, umat Islam amat digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban, tambahan pula pada masa kini terdapat banyak kemudahan yang dapat membantu memudahkan lagi ibadah ini dijalankan. Namun, dalam kesibukan kita mengejar ibadah ini jangan sampai terlepas pandang akan syarat-syarat dan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Supaya ibadat korban dilaksanakan dengan sempurna, kefahaman tentang hukum hakam yang berkaitan dengan ibadah korban sangatlah penting. Perhatian juga perlu diberikan dalam memenuhi tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati kehendak Syara’. Aktiviti penganjuran ibadat korban secara komersial perlu kepada pematauan pihak berkuasa untuk memastikan pelaksanaan dilakukan dengan sempurna termasuklah aqad wakalah, penentuan harga dan upah dan pengagihan supaya patuh kepada Shariah. Pengajur juga mestilah berwaspada dan melaksanakannya dengan cara yang penuh perihatin dan tekun kerana ia adalah amanah daripada orang ramai dan dipersoalkan pada hari Qiyamat. Wallahu a‘lam. [1]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, (Dimasyq: Dar al-Fikr, Edisi ke-6. 2008), jil. 3, ms. 597 [2]. Ibid, 598 [3]. Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, (Al-Qahirah: Dar al-Hadis, 2004), jil. 2, ms 192 [4]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 601 [5]. Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, jil. 2, ms 192 [6]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 615 [7] Kifayat al-Akyar, ms.528. [8]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 615 [9]. Ibid., 627 [10]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 627-628 [11]. Ibid., 630 [12]. Skheikh Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 628 [13]. Ibid., 628 [14]. Ibid., 630 [15]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 631 [16]. Ibid., 629 [17]. Ibid., 629 [18]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 629 [19] Imam al-Nawawi, al-Majmu‘ Sharh al-Muhazzab, ibid. jilid 8, ms. 404. [20]. Ibid., 629 [21]. http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=92313 [22]. http://www.alifta.net/Fatawa/FatawaChapters.aspx?View=Page&BookID=3&PageID=4216&back=true [23]. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wakalah-dan-beberapa-perkara-berbangkit-dalam-ibadat-Korban [24]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 630 [25]. Ibid., 630 [26] Imam Taqiyuddin al-Husaini, Kifayat al- Akhyar, ms.534. [27]. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wakalah-dan-beberapa-perkara-berbangkit-dalam-ibadat-Korban [28] http://ar.islamway.com/fatwa/5759. Accessed 11/10/2012. [29] http://www.alaan.cc/pagedetails.asp?nid=121971&cid=30. 11/10/2012. [30] Imam al-Nawawi, al-Majmu‘ Sharh al-Muhazzab, Jeddah:Maktabah al-Irshad, Jilid 8, ms. 362/363 [31] Imam Taqiyuddin al-Husaini, Kifayat al- Akhyar, ms.528. [32] http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=93307. Accessed 11/10/2012 [33] Imam Taquyiddin , Abu Bakar Muhammad al-Husaini, Kifayat al-Akhyar, Beirut 1991, Dar al-Khair, ms.528. [34]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 603 [35]. Hasyiat al-Bajuri, jilid 1, ms. 296. [36]. Al-Bakri al-Dimyati, I’anat al-Tolibin, (1992), jil. 2, ms. 381 [37] Musannaf Abd Al-Razzaq, (15018), Ibn Qudamah, al-Kafi, jilid 2, ms. 252. Sumber: http://akademimamsyafie.blogspot.com/2012/10/normal-0-false-false-false-en-us-ja -ar.html
[28/08/2015, 1:11 pm] ‪+60 13-969 9660‬: كائن من كان يستحق قوله يقبل ويرد حتي يأتي بالحق. [28/08/2015, 1:11 pm] ‪+60 13-901 3469‬: Apabila berlaku maksiat dikalangan saudara kita, jika benar doakan Allah ampuni kita d dia. Dosanya serahkan kpd Allah mghukumnya atau menentukannya. Maksud sabda Rasulullah SAW yg menegur sahabat yg mencela peminum arak, jgn kamu tolong syaitan Menyesarkan saudara kamu. [28/08/2015, 1:30 pm] ‪+60 11-2060 1899‬: Semasa kami belajar dgn Dato ' Harun Din..dia selalu pesan kepada perawat supaya hanya akan merawat pesakit perempuan jika dia ditemani muhrim.. itulah etika perawat rawatan Islam [28/08/2015, 2:53 pm] ‪+60 13-969 9660‬: ضجوا السماء بصوت استغفاركم..فان هناك رب غفور يقول: هل من مستغفر فاغفر له. Riuh pikukkan langit dgn suara meminta ampun kamu.Sesungguh di sana ada tuhan yg maha pengampun berkata ; Adakah org yg ingin memohon keampunan maka aku ampunkannya [29/08/2015, 10:12 am] ‪+60 13-969 9660‬: النية الصالحة لا تبرر العمل الفاسد المعاصي لا يتغير الي طاعات بالنية الصالحة. Kadang2 niat kita cantik nak bantu org islam melayu tp cara kita melanggar peraturan dan undang2.

hasan basri

سئل الحسن البصري ماسبب زهدك في الدنيا ؟ فقال : أربعة أشياء : ١- علمت أن رزقي لا يأخذه غيري فاطمأن قلبي . ٢- علمت أن عملي لا يقوم به غيري فاشتغلت به وحدي . ٣- وعلمت أن الله مطلع علي فاستحييت أن يراني على معصية . ٤- وعلمت أن الموت ينتظرني فأعددت الزاد للقاء ربي .. اللهم أزل من قلوبنا حب الدنيا

JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK


JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK

Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah pernah aku baca:

"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga mlm..

Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jgn kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar y sepatutnya

Pastikan dgn sebenar2nya..ketika engkau bersedih, tiada yg boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yg boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu utk bangkit semula tiada yg memilikinya selain dirimu..

Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dlm jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang,  terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kpdmu tiada kesan mudaratnya lagi..

Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan krn ia adalah di Tangan Allah..

Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah..krn bila engkau meredhakan Allah, Dia akn meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai utkmu

Jgnlah kamu berputus asa dgn kehidupan yg menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..

Kedukaan itu akn hilang dgn satu sujud..manakala kegembiraan akn dtg dgn satu seruan..Allah tidak akn sekali-kali melupakan kebaikan yg telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yg hampir menangis yg engkau tolong ceriakan..

Hiduplah di ats prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dgn baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kpd org yg baik".c n p.

KEPENTINGAN KEPIMPINAN ULAMA : HUKUM, DALIL DAN RASIONAL


KEPENTINGAN KEPIMPINAN ULAMA : HUKUM, DALIL DAN RASIONAL

KEPENTINGAN KEPIMPINAN ULAMA :
HUKUM, DALIL DAN RASIONAL

ULAMA’ MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Takrif ulamak dari sudut bahasa Arab ialah bermaksud orang yang mengetahui sesuatu. Ianya berasal daripada kalimah aliim dan ulama’ adalah perkataan jama’ (gandaan yang menunjukkan bilangan banyak) kepada aliim . Manakala dari sudut syarak, pelbagai takrifan telah diberikan antaranya ialah :
1. Takrif Syeikh Abul Aziz Badri dimana beliau berkata : “Ulama’ adalah sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ tidak takut kepada pemerintah yang zalim dan pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT”.
2. Imam Al-Hassan Al-Basri berkata : “Ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatNya”
3. Imam Malik berkata : “Ulama’ bukanlah seorang yang banyak menghafaz riwayat hadis bahkan mempunyai ilmu yang merupakan nur (cahaya) yang dinyalakan Allah di dalam hati”
4. Dr. Harun Din mengatakan bahawa ianya ialah kalimah jama’ daripada perkataan alim dengan bermaksud seseorang yang mendalami pengetahuan agama. Di dalam bahasa Arab terdapat banyak istilah lain selain istilah ulama’ yang digunakan bagi merujuk kepada bidang masing-masing sebagai contoh khabir, muhtarifun, fanniyyun yang merujuk kepada pakar selain bidang agama.
Di Dalam Al-Quran Al-Karim Allah s.w.t telah berfirman :

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Bermaksud : “Hanyasanya orang yang paling takut kepada Allah adalah ulama”
(Surah Fathir, ayat 28)
.
Menurut al-Imam al-Syaukani dalam mentafsirkan ayat ini beliau berkata, “ Ulama adalah mereka yang takut pada Allah taala,dan mengetahui bahawa Allah taala berkuasa atas sesuatu”. Al-Imam al-Qurtubi menyebut, “Ulama adalah seorang yang takut akan kekuasaan Allah taala dan yakin bahawa Allah taala akan membalas segala maksiat yang dilakukan.
Menurut al-Syahid Syed Qutb pula : “ Ulama adalah orang yang mengetahui tentang sifat Allah taala dan kebesarannya. Sesiapa yang bertambah ilmunya maka akan bertambah takutnya kepada Allah taala”. Berdasarkan kepada tafsiran tersebut nyatalah mereka yang tidak takutkan hukum Allah s.w.t dan bersungguh-sungguh melaksakan perintah Allah bukanlah mereka yang layak digelar ulama pada hakikatnya walaupun mahir dalam persoalan halal dan haram. Oleh itu, ulama yang takut kepada Allah iailah mereka yang mengmalkan ilmunya dan menyeru manusia supaya turut sama takut dan patuh kepada perintah Allah.

SYARAT-SYARAT DAN CIRI-CIRI BERGELAR ULAMA’

Institusi ulama’ merupakan institusi yang tinggi di dalam Islam. Allah s.w.t telah berbangga dengan para ulama dan telah mengangkat darjat mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana firman Allah :

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Bermaksud: “ Allah s.w.t mengangkat darjat orang yang beriman dan mereka yang diberikan ilmu dengan beberapa darjat”. (Surah Mujadalah, ayat 11)

Oleh yang demikian itu, ulama perlulah memiliki cirri-ciri dan syarat yang ketat sesuai dengan kedudukan mereka di dalam Islam. Syarat-syarat seorang ulama ialah :

1. Memiliki disiplin ilmu Islam yang menyeluruh. Syarat ini penting untuk membezakan mereka yang hanya memiliki pengetahuan agama dan mereka yang betul-betul menguasainya supaya dapat diletakkan seseorang itu di kedudukannya.. Antara ilmu-ilmu yang perlu dikuasai ialah :

a. Bahasa Arab dan cabang-cabangnya seperti Nahu, Saraf.
b. Al-Quran dan Ulum al-Quran
c. Ilmu Feqah Islam dan Usul Feqah
d. Ilmu Hadis dan Ulum al-Hadis
e. Ilmu Mantiq
f. Ilmu Tarikh al-Islami dan Sirah Nabawiyah
g. Ilmu Aqidah Islamiyah (Ahlussunnah Wal Jamaah)
h. Ilmu Tasawwuf dan akhlak.
i. Usul dakwah

Ulama yang dimaksudkan juga adalah mereka yang menguasai ilmu agama dengan cara mempelajarinya dengan para ulama secara berdepan atau musyafahah , di dalam segenap lapisan ilmu islam sama ada ilmu yang berkaitan usul ataupun furuk. Bukan hanya sekadar membacanya dengan tanpa berguru. Ini adalah bagi memastikan ianya diambil daripada acuan yang sebenar bukan dengan hawa nafsu dan salah faham. Bagi zaman sekarang, memadai untuk ulama untuk memiliki pengkhususan dalam salah satu bidang yang disebut atau lebih disamping menjadikan selainnya sebagai thaqofah yang turut dipelajari.

2. Mempunyai pengetahuan umum dan pelbagai mengenai Islam dan isu sekitarnya. Antara perkara-perkara yang perlu dihadam dengan baik ialah :

a. Buku-buku karangan ulama harakah al-Islamiyah seperti al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Fathi Yakan, al-Syeikh Said Hawwa dan lain-lain.
b. Feqah Haraki seperti Feqah Waqi’,Feqah Muwazanah, Feqah Awlawiyyat, Feqah Taghyir.
c. Selok belok serangan pemikiran moden seperti Freemason, Kristianisasi, ajaran anti hadis dan lain-lain
d. Politik dan perundangan negara serta hal ehwal politik semasa.

Demikian juga ulama perlu memiliki ciri-ciri dan keperibadian yang unggul sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sesuai dengan kedudukan ulama’ sebagai pewaris Nabi Muhammad s.a.w. Antara sifat yang perlu dimiliki ialah :

1. Cinta kepada Allah s.w.t
2. Cinta dan benci kepada makhluk hanya kerana Allah.
3. Berjiwa pendidik (murabbi)
4. Mendapat tarbiyah yang baik.
5. Sanggup dipimpin dan memimpin.
6. Berjiwa pejuang dan sanggup berjihad dengan segala apa yang dimiliki.
7. Berjiwa besar dan tidak takut dikritik oleh manusia.
8. Bijak berhadapan dengan situasi semasa.
9. Hidup dalam masyarakat (mua’yasyah al-mujtama’)

HUKUM ULAMA’ MENJADI PEMIMPIN DAN DALIL-DALILNYA

Setelah melihat kepada takrif, ciri-ciri serta sejarah seperti yang tercatat sebelum ini dapatlah ditegaskan secara umumnya bahawa ulama wajib memimpin. Oleh kerana sesebuah gerakan Islam ingin membawa Islam itu sendiri maka golongan yang paling berkemampuan untuk menerangkan kebaikan Islam kepada masyarakat secara terperinci dan keburukan sistem selain Islam adalah para ulama.

Terdapat dalil yang cukup banyak membicarakan berkenaan perkara ini. Bagi yang memahaminya dengan baik tentu akan mencukupi baginya walaupun satu dalil sahaja. Namun seseorang yang ingin mengingkarinya, maka jika kita datangkan dengan seribu satu dalil sekalipun mereka tetap akan mengingkari akan perkara ini.
Jika kita memerhatikan dengan teliti di dalam al-Quran dan al-Sunnah maka kita akan mendapati bahawa para ulama sebenarnya adalah merupakan mereka yang paling layak untuk memegang tampuk kepimpinan khususnya dalam gerakan Islam yang ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kita akan membincangkan secara ringkas apakah dalil yang menunjukkan bahawa perlu para ulama memimpin. Antara dalil-dalil yang menunjukkan perkara ini:

1.PARA NABI MERUPAKAN PARA PEMIMPIN UMAT

Jika kita mengatakan bahawa para nabi adalah pemimpin umat manusia kepada kebenaran. Maka kita juga sepatutnya mengatakan bahawa para ulama juga mengambil tugas para nabi terdahulu. Ini kerana para ulama adalah pewaris para nabi.
Allah s.w.t memilih hambaNya yang bertaqwa bagi melaksanakan tugasan dakwah dan bagi memimpin umat manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 30 :

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Perkara pertama yang disebutkan oleh Allah s.w.t apabila Nabi Adam alaihi a.s diangkat menjadi Khalifah Allah bukanlah kekuasaan dan kekuatan. Namun perkara pertama yang diajarkan kepada Nabi Allah Adam alaihi a.s ialah ilmu. Ini seperti firman Allah taala di dalam surah al-Baqarah ayat 31 :

31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
Ini menjadi dalil bahawa ilmu adalah perkara pokok yang utama untuk di dahulukan bilamana memegang sesuatu kepimpinan dalam apa jua bentuk.
Allah taala juga menyebutkan kepada Nabi Allah Daud a.s di dalam surah al-Shaad ayat 26 :

26. Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
Ayat ini juga menjadi dalil bahawa para Nabi hakikatnya diutuskan untuk menjalankan Syariat Allah di muka bumi ini. Maka para ulama adalah penerus kepada perjuangan para Nabi terdahulu. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam :

إنما العلماء ورثة الأنبياء

Maksudnya : “ Sesungguhnya Para ulama itu adalah merupakan pewaris para Nabi”

Al-Allamah al-Syeikh Ali Surur al-Zankaluni rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Dakwah wa al-Du’ah dengan mengatakan bahawa di antara perkara yang menjadi kekeliruan dan kekacauan di dalam pemikiran masyarakat adalah bilamana seseorang memisahkan politik daripada agama. Malah lebih teruk dengan mengatakan bahawa agama suku dan politik suku. Di antara sebab mengapa umat Islam sekarang jauh ketinggalan di belakang adalah kerana terdapatnya golongan sebegini.
Al-Allamah al-Syeikh Abu Hassan Ali al-Hasani al-Nadwi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Maza Khasirul al-A’lam Binhithot al-Muslimin (kenapakah ruginya ala mini dengan mundurnya umat Islam) dengan mengatakan bahawa jihad tetap akan berterusan sehingga ke akhir zaman. Pada zaman dahulu jihad dilaksanakan dengan menggunakan mata pedang. Namun pada masa sekarang, jihad adalah dengan menggunakan pemikiran. Maka sepatutnya bagi umat Islam untuk memerangi fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam dengan bentuk jihad yang ada pada masa kini.
Persoalannya siapakah yang akan menerangkan tentang kesalah fahaman di dalam pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan Islam ini jika bukan ulama yang turun padang memberikan penjelasan??

Memberikan penjelasan berkenaan bahaya ajaran selain Islam adalah wajib. Maka ini secara langsung menjadikan keterlibatan di dalam perjuangan Islam juga akan menjadi wajib dengan sebab kedua-duanya punya kesinambungan yang jitu. Para ulama Usul Fiqh menyebutkan :
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Maksudnya : “Sesuatu yang wajib itu tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu yang lain maka perkara yang digunakan untuk menyempurnakannya juga menjadi wajib.”

SYUBHAT
Terdapat sebahagian orang mengatakan bahawa jika kita mengatakan bahawa ulama perlu untuk memimpin maka ini akan menjadikan Negara tersebut dipimpin oleh orang-orang yang digelar “ Rijal al-Din” atau di dalam bahasa kita disebutkan orang-orang agama. Negara seperti ini samalah seperti bentuk pemerintahan yang dijalankan oleh oleh golongan Kristian bagi menggerakkan sistem Gereja di barat satu ketika dahulu.

JAWAPAN
Al-Allamah Dr Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Din Wa al-Siasah pada mukasurat 162 mengatakan bahawa jika seseorang itu menyamakan di antara sistem yang Islam bawa seperti sistem yang dibawa oleh golongan paderi maka ini jelas amat bertentangan dengan kebenaran malah jauh daripada hakikat sebenar.
Golongan Kristian membahagikan agama dan pemerintahan kepada dua bahagian. Malah menyerahkan pemerintahan kepada manusia lain untuk melakukan sewenang-wenangnya manakala institusi agama diserahkan kepada pihak paderi bagi menguruskannya.Gambaran sebegini langsung tidak wujud di dalam Islam.
Al-Allamah Muhammad al-Ghazali rahimahullah juga memberikan komentar yang sangat baik di dalam menjawab permasalahan ini dengan mengatakan bahawa : Istilah Rijal al-Din sebenarnya satu perkara yang tidak tepat untuk digunakan di dalam Islam. Ini kerana umat Islam hakikatnya seluruh jiwa raga mereka adalah rijal kepada agama mereka tanpa ada pengecualian.

2.TUJUAN ILMU ADALAH UNTUK MEMBERIKAN PERINGATAN DAN PENGAJARAN

Firman Allah taala di dalam surah al-Taubah ayat 122 :
 
122. dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Setiap zaman punya cara untuk memberikan peringatan kepada umat masing-masing. Di antara cara untuk memberikan peringatan kepada umat pada zaman sekarang adalah dengan memegang tampuk kepimpinan di dalam masyarakat khususnya dalam bentuk jemaah Islam. Maka ini memberi makna, para ulama perlu untuk meletakkan diri mereka sebagai pemimpin umat bagi merealisasikan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Seseorang yang bijak berinteraksi dengan zaman akan memandang bahawa pada zaman sekarang, jika ulama tidak memegang tampuk kepimpinan maka ahli-ahli jemaah secara khususnya dan masyarakat secara umumnya akan berada dalam kejahilan dan jauh hanyut lebih-lebih lagi jika mereka dipimpin oleh orang-orang yang tidak mengatahui soal hukum-hukum Islam.

SYUBHAT
Ada sebahagian orang mengatakan bahawa para ulama tidak perlu untuk memimpin . Ini kerana jika melihat kepada zaman dahulu, para ulama cuma menjadi penasihat kepada para khalifah dan sultan (ahlul halli wal ‘aqd) maka tidak perlu untuk para ulama bergiat cergas menjadi pemimpin.

JAWAPAN
Jawapan bagi orang yang mengatakan sedemikian ialah inilah peri pentingnya seseorang itu bermuamalat dengan zaman dan isu semasa yang berlaku di sekeliling.
Jika seseorang itu membandingkan penglibatan dan gerak kerja ulama dahulu dengan sekarang maka sebenarnya ianya merupakan satu perbandingan yang tidak tepat. Ini kerana , para ulama dahulu mereka memberi nasihat kepada orang yang memahami akan kedudukan sebenar ulama tersebut. Berbeza dengan zaman sekarang yang mana jika ulama hanya melaksanakan sedemikian maka masyarakat akan tetap meletakkan ulama di tempat yang bawah dan seolah-olah kalam dan nasihat mereka hanya boleh dipakai di tempat-tempat tertentu seperti masjid dan lain-lain tempat bukannya sebagai penggubal dasar kepada parti atau negara.

Maka keadaan seperti ini akan menjadikan kita seperti agama Kristian yang membezakan antara agama dan pemerintahan. Ini jelas amat bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenar.

3.ULAMA MENGETAHUI TENTANG HAK ALLAH TAALA

Di antara dalil mengapa para ulama perlu melibatkan diri di dalam kepimpinan pada zaman sekarang adalah kerana para ulama lebih memahami dan mengetahui tentang bagaimana hak Allah akan tertunai di muka bumi Allah taala ini. Di antara peranan ulama juga adalah untuk meninggikan kalimah Allah taala di muka bumi ini. Firman Allah taala di dalam surah Ali Imran ayat 18 :

18. Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ayat ini menjadi dalil yang jelas bahawa para ulama adalah di antara golongan yang diberikan oleh Allah taala kemampuan untuk memahami dan memberi faham kepada masyarakat tentang peri penting mengembalikan hak pemerintahan mengikut hukum Allah taala.

4. SEJARAH MEMBUKTIKAN BAHAWA ULAMA MAMPU MEMIMPIN

Antara dalil yang menyokong untuk kita meletakkan para ulama sebagai pemimpin adalah berdasarkan sejarah penglibatan ulama di dalam bidang kepimpinan sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang. Para ulama sudah lama berkecimpung di dalam bidang kepimpinan dan perjuangan agama Allah taala ini. Namun ramai yang terlepas pandang dan tetap menggunakan hujah bahawa ulama tidak boleh menjadi pemimpin, cukup dengan hanya menjadi penasihat.

Di antara ulama yang menjadi pemimpin ialah :

ZAMAN SAHABAT
1. Saidina Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu anhu
2. Saidina Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu
3. Saidina Uthman bin Affan radhiyallahu anhu
4. Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu anhu
5. Saidina Saad bin Abi Waqqas radhiyallahu anhu
6. Saidina Muadz bin Jabal radhiyallahu anhu
7. Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu
8. Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan radhiyallahu anhu dan banyak lagi para sahabat yang tidak mampu untuk kita sebutkan di sini kerana terlalu ramai di antara mereka yang terlibat di dalam kepimpinan Islam.

ZAMAN TABI’EN DAN SELEPASNYA
1. Saidina Umar bin Abdul Aziz rahimahullah
2. Saidina Harun al-Rasyid rahimahullah
3. Saidina Nuruddin al-Zinki rahimahullah
4. Saidina Salahuddin al-Ayyubi rahimahullah
5. Saidina Sultan Abdul Hamid , Sultan terakhir Khilafah Uthmaniyah
6. Saidina Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Kerajaan Islam Melaka.
7. Saidina al-Imam Mutawalli Sya’rawi rahimahullah

ULAMA YANG MEMIMPIN GERAKAN ISLAM SEDUNIA
1. Imam Hassan al-Banna dan para Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang lain.
2. Abul ‘Aala Al-Maududi di India.
3. Syeikh Abdul Qader al-Jazair di Algeria
4. Syeikh Umar Mukhtar di Libya
5. Syeikh Ahmad al-Mahdi di Sudan
6. Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Ini adalah sebahagian kecil yang dapat untuk kita sebutkan disini. Hakikatnya masih terdapat ramai para ulama yang menjadi pemimpin masyarakat. Samaada dengan menjadi Khalifah, Sultan, Menteri , Mufti , Qadhi dan lain-lain jawatan penting.
Para ulama memegang tampuk kepimpinan bukanlah untuk merebut kuasa dan gilakan kuasa tetapi mereka memegangnya hanya kerana amanah yang dirasakan sangat penting untuk dijaga oleh seseorang yang mampu. Hakikatnya golongan ulama telah dipuji oleh Allah taala di dalam kalamNya yang Maha Qadim ayat 28 surah Faathir:

28. dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Semoga dengan catatan ini kita dapat memahami mengapa ulama wajib memimpin sesebuah gerakan Islam ataupun negara itu sendiri seumpama Malaysia dan diharapkan segala keraguan berkaitan dengannya terungkai. Apa yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada kesilapan kami sebagai makhluk yang hina. Wallahu A’alam.

di 8:5

[ 7/09/2015, 12:51 pm] ‪+60 13-969 9660‬: إذا رأيت العلماء على أبواب الملوك فقل بئس الملوك و بئس العلماء، وإذا رأيت الملوك على أبواب العلماء فقل نعم الملوك و نعم العلماء.
 - علي بن ابي طالب

Apabila kamu lihat ulama dipintu pemimpin maka katakan seburuk2 pemimpin dan seburuk ulamak
Dan apabila kamu lihat pemimpin dipintu ulamak katakanlah Sebaik2 pemimpin dan sebaik2 ulamak.
[ 7/09/2015,  2:25 pm] ‪+60 12-986 2205‬: اللهم انى اعوذ بك من عذاب القبر ومن فتنة المحى والممات ومن فتنة مسيح رجال...لا اله الا انت سبحانك انى كنت من الظالمين....
Allahumma inni au'uzubika min azabil qabri wamin fitnatil mahya walmamat wamin fitnati masehid dajjal...

adab korban


٣٦٥٣ - حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ سَمِعَ سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيَّبِ يُحَدِّثُ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا قِيلَ لِسُفْيَانَ فَإِنَّ بَعْضَهُمْ لَا يَرْفَعُهُ قَالَ لَكِنِّي أَرْفَعُهُ

3653. Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar Al Makki telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abdurrahman bin Humaid bin Abdurrahman bin 'Auf bahwa dia mendengar Sa'id bin Musayyab menceritakan dari Ummu Salamah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika telah tiba sepuluh (dzul Hijjah) dan salah seorang dari kalian hendak berkurban, maka janganlah mencukur rambut atau memotong kuku sedikitpun." Dikatakan kepada Sufyan, "Sebagian orang tidak memarfu'kan (hadits ini)?" Sufyan menjawab, "Akan tetapi saya memarfu'kannya."

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Tazkirah Pagi Ahad 29 Zulkaedah 1436h 13 September 2015m Sesungguhnya Allah swt memerintahkan orang orang yang beriman supaya menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah swt. Seperti firman Allah dalam surah Al -Madah ayat 49 sehingga 51. 📒📝💚💎👇👇🌻💐🌹 Surah Al-Maeda, ayat 49: وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Surah Al-Maeda,ayat 50: أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Surah Al-Maeda, ayat 51: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. Tafsir Al Quran Al Karim: Tafsir Al Maidah Ayat 48-56 http://www.tafsir.web.id/2013/02/tafsir-al-maidah-ayat-48-56.html?m=1 🔊🔊📢📢📢📢📢🚔 Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL.... Semoga ada manfaatnya kepada kita semua. ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN. 📒🌹🌻💐📚📌💚


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah Pagi Ahad
29 Zulkaedah 1436h
13 September 2015m

Sesungguhnya Allah swt memerintahkan orang orang yang beriman supaya menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah swt.
Seperti firman Allah dalam surah Al -Madah ayat 49 sehingga 51.
📒📝💚💎👇👇🌻💐🌹

Surah Al-Maeda, ayat 49:
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al-Maeda,ayat 50:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

Surah Al-Maeda, ayat 51:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
Tafsir Al Quran Al Karim: Tafsir Al Maidah Ayat 48-56
http://www.tafsir.web.id/2013/02/tafsir-al-maidah-ayat-48-56.html?m=1

🔊🔊📢📢📢📢📢🚔
Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL....
Semoga ada manfaatnya kepada kita semua.

ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN.
📒🌹🌻💐📚📌💚

ANDA SUKA MAKAN JERING?


Ubat Kanser yang 10.000X Lebih Kuat dari KemoTerapi

ANDA SUKA MAKAN JERING?

(saya share supaya lebih banyak yang suka jering hehe )

• Ternyata JERING merupakan buah ajaib untuk membunuh sel KANSER & 10.000X lebih kuat dari KemoTerapi.
• Spt diketahui, pohon jering dikenal varietas jering.
• Kita bisa menfaatkan buah Jering dgn cara memakannya langsung sebagai ulam, di buat jus, minuman sorbets, kueh, emping jering dll.
• Hal ini menghasilkan banyak kebaikan, tapi yang paling menarik adalah efek yang dihasilkan pada kanser dan tumor.
• Buah ini adalah obat yang terbukti melawan SEMUA JENIS KANSER.
• Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap infeksi bakteria dan kuman terbukti dari baunya yg adikuat. Efektif terhadap parasit internal dan cacing, dpt mengatur tekanan darah yang terlalu tinggi & berguna sebagai anti stress, memerangi stres dan gugup.
• Sumber informasi menarik ini berasal dari salah satu produkdi obat terbesar dî dunia yg mengatakan bahwa setelah lebih dari 20 ujian laboratorium yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahwa :
Jering bisa MENGHANCURKAN SEL² GANAS dî 12 jenis kanser, termasuk usus, payudara, prostat, paru² dan pankreas.
• Kekuatan buah ini menunjukkan 10.000 kali lebih baik dari produk adriamycin, obat kemoterapi, biasanya digunakan dî dunia, memperlambat pertumbuhan sel kanser.
• Dan bahkan yg lebih memeranjatkan : jenis terapi dengan ekstrak Jering hanya menghancurkan sel² kanser ganas & tdk mempengaruhi sel² sehat.

Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street.

Sebarkan berita baik ini, demi kesehatan kita semua.
Bersyukurlah bagi yg boleh makan

9 prkara yg brguna dlm kehidupan kamu seharian


9 prkara yg brguna dlm kehidupan kamu seharian:
1)Inginkn kebahagiaan=solat pd wktunya
2)Inginkn wajah brcahaya=bangun malam(solat,bukan tngok bola)
3)Inginkn ketenangan=bacalah alqur'an
4)Inginkn kesihatan=selalulah puasa
5)Inginkn.......=selalulah istighfar
6)Ingin hilangkn keresahan=selalulah brdoa
7)Ingin hilangkn kesempitan=ucaplah la haula wala...
8)Inginkn keberkatan=selawatlah ke atas Nabi
9)...ni kene tnya din kadir,us haidir atau imam haza😃

HALAL BUAT KAMI , HARAM BUAT TUAN


Agak pjg sikit tp sangat berbaloi baca & renung2 kan 👍👍👍

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah  menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah"

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak

"Betul, siapakah tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak"

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...

Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar"

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu  "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?

"Ya sayang"

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.

Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas

"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.

Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.

"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.

"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"

Ya Allah ... disinilah Hajiku ...
Ya Allah...  disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Satu cerita untuk sahabat2... 👆semoga dpt iktibar

Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging


Utk peringatan bersama tentang ibadah Korban....Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.
^ __ ^
** Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Sila SHARE agar semua kawan-kawan kita juga dapat manfaat...

adakah ibu mengandung diwajibkan solat jika keluar air ketuban/darah


✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

assalaumualaikum ustzah,adakah ibu mengandung diwajibkan solat jika keluar air ketuban/darah(semasa menunggu 10cm)?



➡ Darah yg bercampur lendir ketika proses hendak bersalin dikira sbg darah istihadhah. Jadi ibu2 yg mengalami sakit hendak bersalin, WAJIB ..tunaikan solat selagi baby belum keluar.


➡ caranya ialah..bersihkan dulu darah atau air ketuban , then pakai pad, ambil wudhuk dan terus solat. Jika darah keluar dgn bnyk dan sakit berterusan diharuskan solat jamak. Boleh solat duduk jika tak mampu, boleh juga solat dgn cara berbaring atau solat dgn mata.


➡ Jika berada dlm labour room, dan anytime baby akan keluar..tiba 2 terdengar azan..harus bagi ibu terus solat tanpa bersihkan diri, tempat dan tanpa berwudhuk kerana dikira sbg darurat. Solat tetap harus ditunaikan kerana ia tuntutan syarak..tapi jika masih mampu bergerak dan ada org yg blh membantu..maka harus baginya membersihkn diri dan berwudhuk....boleh faham kaaan..👌😊

Ke ting 1


Assalam...

Permohonan ke Tingkatan 1
Sekolah Kawalan ( SEK BERASRAMA PENUH, KGV, SEK MEN AGAMA NEGERI, KELAS ALIRAN AGAMA, KELAS RANCANGAN KHAS ) telah dibuka atas talian.        

layari...   www.moe.gov.my
Click bahagian e-Perkhidmatan.

* ibu bapa boleh mula membuat permohonan.

* Id dan katalaluan, hendaklah dibuat oleh ibu bapa sendiri.

* bagi ibu bapa y belum pernah memohon, sila click 'permohonan baru'.

* diharap agar sama2 dapat war-warkan info ini pada semua.

👆🏻utk perhatian kpd sesiapa y ada anak atau sedara mara tahun 6.

#Smoga beroleh kejayaan....✏ 📚🎓
Tqvm..😊

al-hajj ayat 1


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah Pagi Sabtu
21 Zulkaedah 1436h
05 September 2015m

Sesungguhnya Allah swt memerintahkan manusia agar bertaqwa kepada Allah swt.
Dan mengingatkan manusia tentang huru hara hari qiamat yang amat dahsyat....
Seperti firman Allah dalam surah Al -Haji ayat 1 sehingga 6.....
📚📝🌹💚💐🌻👇👇

Surah Al-Hajj, ayat 1:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.

Surah Al-Hajj, ayat 2:
يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Surah Al-Hajj, ayat 3:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَّرِيدٍ

Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.

Surah Al-Hajj ayat 4:
كُتِبَ عَلَيْهِ أَنَّهُ مَن تَوَلَّاهُ فَأَنَّهُ يُضِلُّهُ وَيَهْدِيهِ إِلَىٰ عَذَابِ السَّعِيرِ

Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.

Surah Al-Hajj, ayat 5:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Surah Al-Hajj,ayat 6:
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَأَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tonton "surah al hajj ayat 1 - 6" di YouTube
https://youtu.be/Uk23L0rBQZ4
📣📣🔉🔉
Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin LajnahP