Istighna' إستغناء الإلاه عن كل ما سواه

Bermaksud:
Kaya tuhan daripada tiap-tiap barang yang lainNya.

Masuk di dalam sifat Istighna' sebelas sifat yang wajib bagi Tuhan kita عز و جل iaitu Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Ta'ala lil Hawadith, Qiyamuhu Binafsihi, Sam'un, Basar, Kalam, Kaunuhu Sami'an , Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.

Inilah sebelas sifat yang tersebut.
Dan lawannya sebelas.
Menjadi dua puluh dua.

Dan diambil pula daripada sifat Istighna' itu tiga perkara:
Pertamanya: Tiada mengambil faedah Allah Ta'ala pada segala perbuatanNya dan segala HukumNya.
Keduanya: Tiada wajib atas Allah Ta'ala berbuat sesuatu daripada mumkin.
Ketiganya: Sekelian Ka'inat tiada memberi bekas dengan kuat yang dijadikan Allah Ta'ala

s20