Soalan Assalamualaikum. Ustz blh ke zakat. Diberikan kpd madrashah,pembinaan sekolah n tmpat pengajian islam,tmpat anak yatim.
#MuatTurun_ZakatKlik
#SemakBantuanZakatMuip
#SemakDermasiswaMuip
#AduanAsnaf_FakirMiskin
@
🎯Jawapan
Waalaikummussalam
8 golongan Asnaf zakat adalah spt berikut...
1) Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
2) Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
3) Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4) Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5) Riqab – Mereka yang dimiliki oleh tuannya bagi membolehkan mereka membebaskan / menebus diri masing– masing.
6) Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
7) Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
8) Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Dilihat dari senarai tu jika ingin dimasukkan madrasah, pembinaan sekolah dan tempat pengajian dlm asnaf fisabilillah perlu perincian detail supaya kita tdk salah memberi kpd bkn asnaf kerana asnaf fisabilillah adalah umum dan meluas. Utk jalan selamat berikan kpd asnaf yg sohih atau ke pejabat zakat.
Anak yatim juga tiada dlm senarai ttp jika ank yatim tu fakir atau miskin boleh diberi zakat.
#IngatSolat_IngatZakat.