Jumaat - Ada apa dengan hari Jumaat

? 1. Hari Jumaat ialah hari yang paling baik dalam seminggu. 2. Hari Nabi Adam diciptakan. 3. Hari Nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah Adam diciptakan. Pada hari itu pula dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripadanya. [Riwayat Muslim no. 854]