Letak Duduk Ilmu Falak antara Astronomi dan Astrologi

Ramai penulis Islam terdahulu menakrifkan ilmu berkaitan perbintangan sebagai ilm al-nujum, yang merangkumi kedua-dua cabang astronomi dan astrologi. Abu Ma’shar (????), ahli nujum pada kurun kesembilan menakrifkan ilmu astrologi sebagai pengetahuan berkenaan kesan dan pengaruh berkaitan bintang pada masa-masa tertentu, dan akan datang. Nama lain untuk ilmu nujum seperti kupasan George (????) ialah ‘ilm ahkam al-nujum yang bermaksud pengetahuan tentang ketetapan bintang, atau ‘ilm al-ahkam, ahkam atau tanjim yang merujuk kepada ramalan berkaitan perbintangan. Berbeza dengan astrologi, ilmu astronomi merujuk kepada Imam Zakariya (????) dikenali sebagai ‘ilm al-falak yakni pengetahuan tentang sfera atau bebola yang saling meliputi antara satu sama lain yang keseluruhannya membentuk alam (celestial astronomy). ‘Ilm al-hai’at (kitab Nihayah al-Arab???) juga merujuk pada astronomi, yakni pengetahuan tentang konfigurasi dan posisi jasad-jasad di langit (positional astronomy). Amalan astrologi telah dilarang sejak di zaman Nabi Muhammad S.AW. pada abad ketujuh kerana berkait dengan perbuatan meramal dan ilmu sihir. Islam sepenuhnya menentang astrologi pada kurun kesembilan, namun begitu, pendefinisian ini disulitkan kerana takrif yang dikeluarkan oleh dunia Barat. Menjelang kurun ke-13, (sejajar dengan awal kemunculan Renaissance???), astronomi dipisahkan daripada astrologi, tetapi pendefinisan astronomi disempitkan kepada hanya pengetahuan yang berkait matematik, manakala astrologi ditakrif sebagai pengetahuan berkait aplikasi praktikal atau gunaan. Konotasi pendefinisian astronomi barat yang cetek ini menyebabkan ilmuan falak berdepan kesukaran mengklasifikasikan pengetahuan dan kajian mereka. Ilmu falak sememangnya tidak boleh diasingkan daripada aspek kiraan matematik mahupun aplikasi dalam kehidupan. Ayat-ayat al-Quran yang membicarakan tentang jasad seperti matahari dan bulan, serta kejadian siang dan malam perlu dihitung, supaya kesannya terhadap bumi dan seluruh hidupan dapat diurus dengan baik. Pergerakan jasad ini seterusnya dijadualkan dalam bentuk takwim atau kalendar, supaya kejadian musim yang memberi impak bukan sekadar pada cuaca harian, sebaliknya pada manusia, haiwan, tumbuhan, dan panjang pendek hari dapat dinilai secara berhikmah. Rentetan kepada situasi kekaburan pendefinisian inilah menyebabkan ilmu falak diterjemah ke dalam pelbagai cabang ilmu. Kesan baiknya ilmu falak menjadi lapangan multi-disiplin, baik di bidang sains mahupun sastera, namun tiada pendefinisian khusus yang mengangkat ilmu falak sebagai satu terma pengetahuan yang spesifik. Hasilnya, lahirlah cabang pengetahuan seperti kosmografi, astronomi budaya (cultural astronomy, ethno-astronomy), dan kearifan tempatan (local wisdom, traditional ecological knowledge, celestial knowledge) yang luas membicarakan tentang ilmu falak, apabila masing-masing cuba untuk mengasingkannya daripada astronomi mahupun astrologi.