Pastikan dalam keluarga anda, dalam rumah anda ada seorang Al-Hafiz sekurang-kurangnya.
::
T A N P A S E D A R
S I A Y A H M E N A N G I S
D E N G A N K U A T S E K A L I
BENGANG YANG TERLAMPAU
Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.
"Encik..! Anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin di dalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.
SENARAI DOSA DIBACAKAN
Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin yang sedang membentangkan satu persatu kesalahan anaknya.
Sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah. Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.
NIAT DAN HARAPAN YANG IKHLAS DARI IBUBAPA TERHADAP ANAKNYA
Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar.
Biar anak jauh dari hingar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!
AYAH MERAJUK UNTUK MENATAP WAJAHMU
Pada hari anak dihantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.
TANGGUNGJAWAB TETAP AYAH TUNAIKAN
Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.
Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
DIDIKAN GURU YANG BERBEZA!
"Encik..! Silalah berjumpa dengan anak Encik..! Kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya." Perlahan bicara Ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah..! Saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia di sini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya." Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara.
MENATAP CAHAYA DI WAJAH ANAK SEORANG AL HAFIZ
"Tapi, tidakkah pada hari ini Encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?" Bisik Ustaz ke telinganya.
"Hari ini anak Encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!" Sepatah-sepatah bicara Ustaz. Dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah Encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?" Tanya Ustaz mengakhiri bicara.
MEMELUK ANAK DENGAN RASA PENUH KERINDUAN
Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya dirinya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini?
Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.
Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat. Esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya.
CAHAYA AL QURAN YANG BAKAL MELIMPAH DALAM RUMAH
Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah.
Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.
SELURUH PERKATAAN ALLAH BERADA DALAM DADA ANAK INI
Si anak sejak ditinggalkan ayahnya di situ lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah.
Ditambah dengan didikan kasih-sayang Ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.
D I D I K A N A K C U C U
D E N G A N K A S I H S A Y A N G
J A G A T A K L I M R U M A H
H I D U P K A N M A K T A B A H
Q U R A N D I T E M P A T A N D A
Melahirkan Umat yang bertaqwa dari setiap rumah orang Islam. Anda perlulah membantu mengaturkannya.
::