AGIHAN ZAKAT
==yang mempunyai persepsi negatif terhadap agihan zakat di negara kita.
1. Ada yang sewenang-wenangnya menyatakan wujudnya penyelewengan untuk kepentingan tertentu.
- Penuduh biasanya jenis semangat lebih sahaja. Kalau ada bukti penyelewengan, sudah tentu ramai pengurus zakat yang telah didakwa.
2. Ada yang mendakwa tidak berpuashati dengan kaedah pengagihan..
- Mungkin ada benarnya. Kerana yang menguruskan itu adalah manusia juga, tidak lepas dari salah dah silap. Banyak lagi prosedur yang perlu diperbaiki.
3. Sepatutnya perlu jadi seperti di zaman Umar Abdul Aziz, sehinggakan tiada yang layak menerima zakat, serigala pun tak makan kambing.
- pohon semak status kesahihan cerita ni.
4. Pengurus agihan zakat tak turun padang untuk cari asnaf.
- Di kebanyakan negeri, ada kelihatan penambahbaikan yang ketara. Mana-mana yang diviralkan dalam sosial media, maka pihak zakat akan terus berjumpa mereka. Sepatutnya, menjadi kewajiban bersama seluruh umat Islam untuk melaporkan asnaf yang mungkin 'tidak pernah memohon/dicadangkan oleh pemimpin setempat', terus kepada pengurus agihan zakat. Di negeri Pahang, sila download app ZakatKlik, dan laporkan menerusi aplikasi tersebut. Inshaallah tindakan segera akan diambil.