AMALAN DI HARI RAYA AIDIL ADHA (10 Zulhijjah)


1. Bangun tidur dan membaca doa :-
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا ، وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
" Segala puji hanya bagi Allah, yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya kami dikembalikan. " (HR. Bukhari).

2. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.

Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah pula di dalam kitab Majmu’ Syarhul Muhazzab bahawa Imam al-Syafi’i dan ashab mengatakan: “Untuk melaksanakan solat ‘aidil Fithri dan 'aidil Adha dianjurkan mandi. Tidak ada perbezaan pendapat di dalam masalah ini.”

3. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah. Disunnahkan membaca doa :-

اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ ، أَنْتَ كَسَوْتَنِيْهِ ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ ، وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ 
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ، وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

“Ya Allah, segala puji hanya untukMu, Engkau telah memakaikan pakaian ini kepadaku, aku mohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan dalam memakainya, dan aku berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan dalam memakainya.” (HR. Imam Abu Daud).

4. Disunnahkan *memakai haruman dan wangian yang menyenangkan* bagi lelaki. Sebagaimana disebut dalam sebuah hadis :

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

"Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" (Riwayat Tirmizi, Imam Ahmad dan Al-Baghawi)

5. Sunnah bertakbir hari raya  samada bersifat 
- muqayyad (setiap kali selesai solat dari selesai solat subuh 9 zulhijjah - solat asar 13 zulhijjah) 
- mursal (tenggelam matahari malam raya aidil adha & tamat apabila imam takbir untuk solat raya)

6. Berjalan kaki menuju ke tempat solat. Imam al-Syafi’i rahimahullah juga menjelaskan di dalam kitab al-Umm:
Kami mendengar dari al-Zuhri bahawa dia berkata: “Rasulullah saw tidak pernah naik kenderaan baik ketika solat eid ataupun solat jenazah.” (Fathul Bari).

Termasuk juga sunnah ikuti jalan berbeza ketika pergi & kembali dari solat eid. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rhm :
Imam al-Syafi’i rhm di dalam kitabnya al-Umm mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat eid. Demikian juga pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi’i. (Fathul Bari)


7. *Menunaikan Solat Aidil Adha*

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ مَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا 
اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ

Ada 5 solat yang diwajibkan Allah ke atas hamba-hambaNya. Maka siapa yang mengerjakannya dan tidak mensia-siakan walau satu pun di antaranya disebabkan menganggap mudah, Allah berjanji akan memasukkanya ke dalam syurga. (Riwayat Nasaie)

✅8. *Sunnah mendengar khutbah hari raya.*

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِه الصَّلَاةُ ثُمَّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ فَيَعِظُهُمْ وَيُوصِيهِمْ وَيَأْمُرُهُمْ.

Pada hari aidil fithri dan ‘aidil Adha, Rasulullah saw keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. Kemudian baginda berpusing dan menghadap jamaah yang sedang duduk di saf-saf mereka. Kemudian baginda memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka. (Riwayat Bukhari)
9. Sunat *menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.*

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ وَلاَ يَأْكُلُ يَوْمَ الأَضْحَى حَتَّى يَرْجِعَ فَيَأْكُلَ مِنْ أُضْحِيَّتِهِ

“Rasulullah SAW tatkala menuju solat pada hari raya aidil fitri dengan makan terlebih dahulu. Sedangkan pada hari raya aidil Adha, baginda saw tidak makan terlebih dahulu kecuali setelah pulang dari solat ‘ied baru beliau menyantap hasil qurbannya.” (HR. Ahmad Syaikh Syu’aib  Al-Arnauth mengatakan bahwa hadis ini hasan)

10. *Melaksanakan ibadah korban* sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Taala :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. (Al-Kautsar ayat 2)

Semak Amalan Kita Semoga Diberikan Keberkatan Oleh Allah Taala

/adab aidil