من ذي الحجة فالهِمَّة الهِمَّة لاغتنامها،،،
📎كل عام و أنتم إلى الله أقرب
📎البرنامج المقترح لمن أدرك العشر من ذي الحجة:
الطريقة الأولى:🌿
• الإكثار من تلاوة القران الكريم وأهديك ثلاث طرق للتنفيذ:
الأولى: لكل يوم من العشر جزء كامل.
الثانية: لكل يوم من العشر جزءان.
الثالثة: ختم القران في هذه العشر تلاوة كل يوم ٣ اجزاء.
• الطريقة الثانية:🌿
التبكير إلى الصلوات والانشغال بالطاعات التالية:
أ- مﻻزمة الدعاء ومنه ((سؤال الله العفو والعافية في الدنيا والآخرة))
ب- رطب لسانك بذكر الله كقولك ((سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم فهي حبيبة للرحمن ، ثقيلة في الميزان)).
• الطريقة الثالثة:🌿
صلوات لا تغفل عنها طوال العشر من ذي الحجة :
1- ركعتا الضحى.
2- ركعتان في السحر.
3- الصلاة القبلية والبعدية للصلوات الخمس.
• الطريقة الرابعة:🌿
إحياء ثﻻثة أوقات هامة بالذكر والدعاء والاستغفار والصلاة على النبي وقراءة القران وهي:
الساعة الأولى: قبل طلوع الفجر. وخاصة بالاستغفار والدعاء .
الساعة الثانية: بعد صلاة الصبح إلى طلوع الشمس وخصصها ﻷذكار الصباح.
الساعة الثالثة: بعد صلاة العصر للمغرب خصصها لاذكار المساء والدعاء.
• الطريقة الخامسة: 🌿
ذكر من حولك من الأهل والأقارب والأصدقاء بفضائل الأعمال الصالحة في هذه العشر و لك أجر التذكير فالذكرى تنفع المؤمنين (ولو بالواتساب).
• الطريقة السادسة:🌿
صيام أكثر العشر باستثناء يوم العيد فإن الصيام لا مثيل له في الأجر ، قال تعالى في الحديث القدسي:
(الصيام لي وأنا أجزي به) رواه البخاري.
• الطريقة السابعة:🌿
احرصِ على الكلام الذي ترجو ثوابه عند الله تعالى: تهليل ، وتحميد ، وتكبير ، وتسبيح، واستغفار ، وكلمة طيبه ، وقول معروف ، والصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ، وإصلاح بين الناس ، قال الله تعالى (لا خير في كثير من نجواهم إﻻ من أمر بصدقة أو معروف أو إصﻻح بين الناس ).
• الطريقة الثامنة:🌿
الإكثار من قول ( سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر) في سائر أيام العشر سواء كنت لوحدك أو بين أهلك أو بين أصحابك .،، الخ.
• الطريقة التاسعة:🌿
الحرص على الصيام يوم عرفة فإنه يكفر سنتين من الخطايا والذنوب مع وضع برنامج منذ الصباح وحتى غروب شمس يوم عرفة.
• الطريقة العاشرة:🌿
إفطار بعض الصائمين يوم عرفه و لكِ مثل أجور صيامهم دون إن ينقص ذلك من أجورهم شيئا واقترح عليك افطار 1- جماعة المسجد – أو الأقارب – أو الأصدقاء – أو الوافدين من الجاليات المسلمة.
• الطريقة الحادية عشر:🌿
أبدأِ يومك بصدقة ولو بشق تمرة تفرح بها فقير أو مسكيناً أو محتاجاً فإن الصدقة تطفئ غضب الرب سبحانه وتعالى.
• الطريقة الثانية عشر:🌿
اغتنم أي فرصة خير سنحت لك في هذه العشر بل اصنع أنت فرص الخير.
منقول
جزى الله خيرا من نشرها
[11/09 5:44 am] +60 19-303 7197: Untuk Perkongsian Bersama....
IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI 6: HUKUM MELAKUKAN KORBAN BUAT SI MATI
Written by Syed Husaini Syed Hassan.
Soalan: Bolehkah sekiranya saya ingin melakukan korban buat orang yang telah meninggal dunia?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Permasalahan mengenai korban buat si mati adalah permasalahan yang diperselisihkan oleh para fuqaha’. Di dalam permasalahan ini, terdapat beberapa pendapat, antaranya:
Pertama: Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati.
Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah.
Ini berdasarkan sebuah hadith dari ‘Aisyah R.Anha yang mana meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih menyebutkan:
بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada aali (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad.
Riwayat Muslim (1967) dan selainnya.
Umum mengetahui bahawa dikalangan umat Muhammad SAW itu ada yang telah meninggal dunia dan Baginda SAW menjadikan sembelihannya itu untuk umatnya dan ini menjadi dalil bagi keharusan untuk melakukan korban bagi orang yang telah meninggal dunia.
Al-Kasani Rahimahullah menyebutkan: “dari sudut istihsannya bahawa kematian bukanlah penghalang untuk taqarrub. Dalilnya adalah dibenarkan untuk bersedekah buat si mati dan juga menunaikan haji buatnya dan telah sahih daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW telah melakukan sembelihan korban dengan dua ekor kibasy yang mana satunya untuk Baginda SAW dan baki satunya untuk umat Muhammad yang tidak melakukan korban dan sesungguhnya ada dikalangan umat Muhammad SAW itu yang telah mati dan tidak sempat melakukan korban maka ini menunjukkan bahawa orang yang telah mati boleh bertaqarrub dengannya (melalui ibadah korban)..” [Lihat Bada’i al-Sana’i, 5/72]
Seterusnya Ibn ‘Abidin Rahimahullah menyebutkan: “Siapa yang melakukan korban bagi si mati maka lakukanlah sepertimana dia melakukan korban buat dirinya sendiri daripada sedekah dan makan. Adapun pahala untuk si mati dan pemilikan untuk si penyembelih”. [Lihat Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/326]
Daripada Hanabilah pula menyebutkan: “Sembelihan korban buat si mati adalah afdhal daripada yang hidup kerana yang mati itu memerlukan kepada ganjaran pahala dan lakukan (sembelihan) sepertimana untuk yang hidup dari segi makan, sedekad dan hadiah”. [Lihat Matalib Uli al-Nuha, 2/472]
Kedua: Makruh hukumnya melakukan korban buat si mati.
Ini adalah pendapat al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang melakukan korban buat si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. [Lihat Syarh Mukhtasar al-Khalil, 3/42]
Ketiga: Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya.
Ini adalah pendapat al-Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.” [Lihat Minhaj al-Tolibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh. Dar al-Fikr, hlm. 321]
Kesimpulannya..
Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama, kami cenderung dengan pendapat yang ketiga iaitu pendapat kebanyakan Syafi’eyyah iaitu mesti adanya wasiat dari si mati untuk melakukan korban buat dirinya.
Namun, kami juga tidak menafikan (kami meraikan) pendapat sebahagian Syafi’eyyah yang berpendapat bahawa tidak memerlukan kepada wasiat. Ini sepertimana yang telah dinukilkan oleh Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili...