Pokemon Go

Pokemon Go ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi). Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc. dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co. Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.

Bermula 6 Julai 2016, permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua seluruh dunia antaranya seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Canada, dan Puerto Rico.

Di rantau Asia, hanya di Jepun dan Indonesia sahaja, para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go, manakala negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.

Bentuk Permainan

Kami sertakan beberapa bentuk permainan Pokemon Go:

Hanya perlu aktifkan GPS di telefon pintar, aplikasi akan kesan Pokemon di sekeliling kedudukan pemain, beri notifikasi di skrin.Aplikasi ini membuat pemaiannya perlu bergerak dan berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak raksasa maya pada skrin telefon pintar.Permainan ini boleh dimain secara Single player (seorang pemain) atau Multiplayer (ramai pemain).Pemain boleh melagakan Pokemon yang ditangkap untuk dilatih bersama para pemain lain.Pemain boleh meninggalkan Pokemon yang ditangkap di Gym yang ditawan untuk menjaga kawasan jajahan daripada pemain dan kumpulan lain.

*Fatwa-fatwa berkenaan Pokemon dan Pokemon Go*

Pertama: Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi

Pada tahun 2001, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga akal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini.

Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman.

Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:

Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.Memberikan bahaya kepada akal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar akal dan naqli.Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

Kedua: Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi

Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon Go. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Ketiga : Universiti al-Azhar

Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Prof Dr Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon.