wanita apabila kering haid dalam waktu asar betul ker wajib dia qadha juga solat zohornya?.

👳 ...

soalan.


✨🌟✨🌟✨🌟✨
Jawapan

1. Apabila seorang wanita suci dari haid dalam waktu asar, maka wajib ia mengerjakan solat asar dan zohor.

- Begitu juga jika ia suci
didalam waktu isya' sebelum masuk subuh, maka wajib ia solat isya' dan magrib untuk hari itu.
Ini adalh pandangan majoriti ulama.

berkata syekh ibnu taymiah didalam kitab مجموع الفتاوى  juz.2 hal.347 :

وَلِهَذَا قَالَ الصَّحَابَةُ كَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَغَيْرِهِ: إنَّ الْمَرْأَةَ الْحَائِضَ إذَا طَهُرَتْ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ صَلَّتْ الْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ. وَإِذَا طَهُرَتْ قَبْلَ غُرُوبِ الشَّمْسِ صَلَّتْ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ.وَهَذَا مَذْهَبُ جُمْهُورِ الْفُقَهَاءِ كَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ.

Dan dari kerana inilah telah berkata sahabat seperti Abdurrahman bin 'Auf dan lain-lain : " sesungguhnya Seorang wanita yang haid apabila ia suci sebelum fajar, maka ia wajib solat maghrib dan isya' . dan apabila ia suci sebelum terbenamnya matahari maka wajib baginya solat zuhur dan Asar. Ini adalh mazhab jumhur ulama fiqh seperti Imam Malik, Imam Syafei, dan Imam Ahmad.

- Alasan mojiriti ulama berkenaan pandangn ini ialah kerana waktu solat zohor & asar / magrib & isya adalah satu waktu bagi orang yang mempunyai keuzuran sperti orang musafir.

Berkata syekh ibnu Taimiyyah lagi didalam مجموع الفتاوى juz.2 hlm.334

ولهذا كان عند جمهور العلماء ـ كمالك والشافعي وأحمد ـ إذا طهرت الحائض في آخر النهار صلت الظهر والعصر جميعًا، وإذا طهرت في آخر الليل صلت المغرب والعشاء جميعًا، كما نقل ذلك عن عبد الرحمن ابن عوف، وأبي هريرة، وابن عباس؛ لأن الوقت مشترك بين الصلاتين في حال العذر، فإذا طهرت في آخر النهار فوقت الظهر باق، فتصليها قبل العصر‏.‏ وإذا طهرت في آخر الليل فوقت المغرب باق في حال العذر، فتصليها قبل العشاء‏.

Dan kerana inilah Pendapat kebanyakan ulama, seperti imam Malik, imam syafei dan imam Ahmad , jika suci wanita yang haid pada hujung siang hari, nescaya ia (perlu) mengerjakan solat zuhur dan Asar. Dan apabila ia suci di hujung malan nescaya ia perlu solat mgrib dan isya, Sebagaimna hal tersebut dinaqolkan (diambil) dari Abdurrahman bin Auf, Abu Hurairah, dan Ibnu Abbas.
Alasannya ialah kerana waktu tersebut ialah satu waktu yang berkongsi dua solat pada ketika ada keuzuran. Maka apbila ia suci di hujung siang hari maka waktu zohor masih lagi berbaki (dengan perkiraan waktu uzur ) maka (perlu) ia solat zohor sebelum solat asar. Dan apbila ia suci di hujung malam maka waktu magrib masih lagi berbaki, maka perlu ia solat magrib sebelum sebelum solat isya'.

والله أعلم

﴿ أبو أسامة البنداني ﴾