SURUHAN MENJALIN KASIH SAYANG


SURUHAN MENJALIN KASIH SAYANG

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 10:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

Cara dalam menjalinkan kasih sayang menurut sabda2 Rasulullah S.A.W:

1. Menyatukan Kecintaan Kepada Orang Lain Kerana Allah.
إذا أحب الرجل أخاه فليخبر انه يحبه.
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia mengatakan kepada saudaranya yang ia mencintainya kerana Allah SWT". (HR. Abu Daud & Tirmidzi).

2. Bila Berpisah Saling Mendoakan Kebaikan.
ما من مسلم يدعو ﻷخيه بظهر الغيب إﻻ قال الملك: ولك بمثل.
"Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya dari kejauhan, maka malaikat berkata: "Dan bagimu seperti apa yang kamu pohonkan (doa untuk saudaramu)". (HR. Muslim).

3. Bila Berjumpa Saling Menghadiahkan Senyuman Yang Ikhlas.
ﻻ تحقرن من المعروف شيئاً ولو ان تلقي اخاك بوجه طليق.
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan (sekecil) apapun, meskipun hanya seulas senyuman kegembiraan yang kamu berikan kepada saudaramu ketika bertemu" (HR Muslim).

4. Saling Berjabat Tangan (Sesama Mahram).
ما من مسلم يلتقيان فيتصافحان إﻻ غفر لهما قبل ان يتفرقا.
"Tidak ada dua orang muslim yang apabila berjumpa dan berjabat tangan, melainkan keduanya mendapatkan pengampunan dosa sebelum tangan keduanya berpisah" (HR Abu Daud).

5. Memberi Ucapan Selamat Kepada Saudaranya.
من لقي أخاه بما يحب ليسره ذالك سره الله عز و جل يوم القيامة.
" Barangsiapa berjumpa dengan saudaranya, kemudian mengucapkan selamat kerana keberhasilannya yang dicapainya, maka Allah SWT akan menggembirakannya nanti pada hari kiamat". (HR. Thabrani).

6. Saling Memberi Hadiah.
تهادو تحابوا
"Saling memberi hadiahlah kamu, maka akan saling mencintai di antara kamu". (HR. Thabrani).

7. Saling Memberi Pertolongan Antara Sesama Saudaranya.
من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا، نفس الله عنه كربة من كرب اﻷخرة.
"Barangsiapa yang melepaskan (meringankan) kesusahan mukmin di dunia, maka Allah SWT akan melepaskan kesusahannya nanti di akhirat". ( HR. Muslim).

Panjang-panjangkan lah supaya masyarakat sentiasa membina dan menguatkan lagi silaturahim.